Kami bukan jual baju – TMJ

Kami bukan jual baju – TMJ

Sama ada jersi pasukan cantik ataupun tidak, itu bukanlah perkara yang penting kerana apa yang lebih mustahak buat Johor Darul Ta’zim (JDT) adalah mereka menjadi pasukan yang mencipta pelbagai kejayaan.

Demikian penegasan daripada pemilik skuad Harimau Selatan, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menjelaskan pencapaian pasukan menjadi antara kayu pengukur untuk menilai kejayaan sesebuah pasukan itu.



Jelasnya, JDT sebelum ini sudahpun menempa pelbagai kejayaan sekalipun menyarung jersi yang dianggap ‘biasa biasa’ sahaja.

“Kami di sini bukan nak jual baju tetapi untuk kejayaan pada setiap aspek, (ini) bermakna ada infrastruktur sukan tercanggih, teknologi dan juga kejayaan dalam padang, dalam setiap pertandingan, pencapaian dan rekod.

“(Itu) bagi saya adalah penilaian (sama ada) kelab itu berjaya atau tidak, bukan setakat jual baju. Baju cantik, baju tak cantik, bagi saya belakang kira. Kalau kita tengok, 2016, 2017, 2018, kit JDT pun biasa.

“Tetapi itu tak penting kerana kami bukan kelab jual baju. Kami adalah kelab yang cuba berjaya dalam setiap aspek nilai komersial, infrastruktur canggih dan kejayaan dalam padang.



“Itu lagi penting buat saya,” kata Tunku Ismail menerusi klip video di Johor Southern Tigers, semalam.

Terdahulu, juara Liga Super sembilan kali berturut-turut itu melancarkan ‘baju perang’ mereka bagi mengharungi musim 2023 yang menyaksikan jersi di laman sendiri masih mengekalkan identiti bendera Johor iaitu merah biru dengan menggunakan corak ‘camouflage’ dan berkolar.

Bagi jersi di tempat lawan pula, JDT mengekalkan warna putih sebagai warna utama selain terdapat adunan kombinasi jalur merah di bahagian lengan dan biru di bahagian belakang jersi. BH

Kami bukan jual baju – TMJ



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Agong tepuk dahi kena ‘prank’ [VIDEO]



Nasi lemak janda muda tepi jalan laris

Filem Coast Guard sasar kutip RM7 juta lagi



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker