Amelia Henderson warnakan rambut merah sebab putus cinta?

Amelia Henderson warnakan rambut merah sebab putus cinta?

Terlalu banyak spekulasi merepek, pelakon Amelia Henderson menjelaskan tindakannya mewarnakan rambut disebabkan keinginan sendiri sekali gus menepis dakwaan putus cinta seperti dakwaan ramai.

Tampil menafikan hal tersebut, Amelia atau nama penuhnya Amelia Thripura Henderson, 26, memberitahu perkara tersebut dilakukannya selepas melihat dirinya kelihatan menarik dengan filter (suntingan tapisan) media sosial yang mengubah rambutnya menjadi warna merah.



“Ramai yang tanya mengapa saya mewarnakan rambut menjadi merah. Ada banyak artikel diterbitkan memberi jawapan merepek.

“Jawapan sebenar untuk tindakan saya ini ialah kerana perasaan ingin mencuba selepas melihat rambut kelihatan menarik apabila mengenakan filter dalam media sosial,” katanya dalam satu video TikTok.

Tambah pelakon drama Pengantin Satu Malam itu, keputusan untjk merwarnakan rambut itu juga diambil kerana tidak terikat dengan sebarang projek lakonan dalam tempoh terdekat.

“Saya cuma nak mencuba memandangkan sekarang ini tidak menjalani sebarang penggambaran drama.



“Jadi, inilah peluang untuk saya warnakan rambut merah yang agak gila sedikit. Selain itu, saya juga tak pernah warnakan rambut begini selain dengan tona coklat dan highlight.

“Inilah jawapan sebenar untuk sesiapa yang keliru dan fikir ada sebab mendalam. Konklusinya, saya tukar warna rambut kerana filter bukan sebab alasan merepek lain yang tiada kena mengena,” katanya lagi.

Amelia minggu lalu menuai perhatian ramai apabila menukar warna rambut menjadi kemerah-merahan.

Tindakannya itu membuatkan ramai beranggapan dia melakukan perkara tersebut kerana kecewa dan putus cinta dengan pelakon Aedy Ashraf. K Online



Amelia Henderson warnakan rambut merah sebab putus cinta?


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Karangan mengenai kemalangan, jadi kenyataan buat pelajar



Resepi Kuih Keria Antarabangsa Gula Melaka

Shila Amzah buat ‘perangai’ lagi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker