Dengki la tu – Shuib

Dengki la tu – Shuib

Pelawak dan juga usahawan Shuib mengakui ada pihak seakan tidak senang melihat kejayaan yang diraihnya dalam bidang perniagaan pada hari ini.

Bagaimanapun, Shuib atau nama lengkapnya Shahmira Muhammad menganggap perkara sebegitu adalah lumrah dalam kehidupan seseorang yang bergelar ahli perniagaan.

“Itu normal (sifat dengki). Bukan semua suka melihat kejayaan kita. Perkara sebegitu adalah antara dugaan dalam berniaga,” kata selebriti berusia 37 tahun itu kepada Kosmo! Online.

Tambah Shuib lagi, dia menjadikan pengalamannya disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Oktober 2020 sebagai pengajaran dan menganggap kejadian itu sebagai antara dugaan yang perlu dilaluinya dalam dunia perniagaan.

“Ketika saya disiasat SPRM pada tahun 2020, saya berpendapat itu adalah antara dugaan dalam berniaga.

“Mungkin ada pihak yang tidak suka lihat kita berjaya. Ada yang cakap, jangan beritahu orang lain tentang perniagaan kita. Ada juga yang cakap jangan kongsi kejayaan perniagaan kita dengan orang lain.

“Tapi saya tidak begitu. Prinsip saya mahu memberi inspirasi kepada orang lain. Sebab saya sendiri b berapa pada tahap ini kerana menjadikan individu lain sebagai sumber inspirasi,” katanya.

Tambah Shuib, dia menjadikan pelakon Datuk Rosyam Nor sebagai inspirasi untuk dia berjaya dalam bidang perniagaan dan mahu jadikan diri sendiri sebagai inspirasi kepada orang lain.

“Saya jadikan Datuk Rosyam Nor sebagai inspirasi. Selepas berjaya, saya mahu pula jadi inspirasi untuk orang lain.

“Saya percaya individu yang berjaya di dunia ini, mereka bermula daripada ‘kosong’. Lahir daripada keluarga yang susah seperti saya,” jelasnya.

Selepas menempuh pelbagai pengalaman dalam bidang perniagaan termasuk dengan kontroversi disiasat SPRM, Shuib sedar bahawa pada waktu itu dia perlu selektif dalam memilih kawan.

“Bila saya disiasat SPRM, ketika itulah baru saya tahu siapa kawan saya yang sebenar. Pada saat itu juga, saya bercakap dalam diri bahawa saya perlu kecilkan ‘circle’ saya.

“Ujian banyak memberi pengajaran pada saya. Inilah budaya perniagaan. Saya kena terima. Cuma saya tidak akan mengalah untuk memberi inspirasi kepada orang lain,” jelasnya ketika ditemui di majlis pelancaran BubbleBee by Zara Zya, Bandar Tasik Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur.

Sekadar info, Shuib yang menjalankan perniagaan minuman BubbleBee pernah terpalit dengan tuduhan terlibat dengan isu Macau Scam sehingga dipanggil SPRM untuk disiasat pada Oktober 2020.

Rentetan daripada isu tersebut, Shuib mengakui perniagaan minuman yang dijalankan sedikit terjejas sehingga ada pihak datang ke cawangan kedai memaki dan mendesak supaya perniagaannya ditutup. K Online

Dengki la tu – Shuib


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pukulan Khairulaming, Pelanggan Beratur Panjang Mahu Rasa Nasi Lemak RM1.00 Bangsudu

Wanita Ini Dedahkan Sisi Gelap Bisnes Mesin Air

Misteri Raja bertanduk dua disebut dalam al-Quran – Bhg 1

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker