Pertahankan kemerdekaan dari penjajahan era moden – Ismail

Pertahankan kemerdekaan dari penjajahan era moden – Ismail

Rakyat Malaysia perlu mempertahankan penjajahan moden dalam bidang ekonomi, teknologi dan budaya yang muncul ketika ini dan semua negara di dunia terkena kesannya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, anasir luar ini menggunakan pelbagai cara untuk menjajah semula dalam bentuk yang lebih canggih.



Menurutnya, meskipun ancaman penjajahan baharu ini bukanlah dari segi fizikal, namun ianya sangat berbahaya.

Ini kerana, ia merupakan cara paling mudah untuk menjarah minda dan jati diri bangsa, seterusnya mampu menghancurkan sesebuah negara.

”Di era modenisasi ini, bentuk penjajahan tidak lagi sama seperti era kolonial.

Justeru, jika kita tidak mempertahankan kemerdekaan yang diperjuangkan oleh wira-wira terdahulu, maka sejarah mungkin akan berulang dan kita kembali dijajah semula ”Hanya rasa cinta kepada negara membolehkan kita terus bekerjasama dan bersatu padu untuk mempertahankan nilai-nilai kedamaian, keamanan dan kemerdekaan bagi membangun dan menjaga kedaulatan kita,” katanya dalam perutusan sambutan Hari



Kemerdekaan negara kali ke-65. Tambah beliau, rahmat dan nikmat kemerdekaan yang kita kecapi pada hari ini adalah hasil perjuangan titisan darah, keringat dan air mata.

Malah, tidak terhitung banyaknya nyawa yang terkorban dan tidak terkira nilai kerugian harta benda dalam mencapai sebuah erti kemerdekaan.

Ismail Sabri mengingatkan, ketika perjuangan menentang penjajahan Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun, ramai pejuang aulia rebah demi mempertahankan pertiwi.

Nama-nama seperti Mat Kilau, Datuk Dol Said, Tok Janggut, Datuk Bahaman, Tok Gajah, Rentap, Datuk Maharajalela, Dato’ Sagor, Haji Abdul Rahman Limbong, Datu Mat Salleh, Rosli Dhobi adalah antara tokoh yang telah berkorban demi tanah air tercinta.



”Mat Kilau pernah berpesan; perjuangan mesti diteruskan oleh generasi muda, jangan biar tanah air tergadai, jangan sesekali mudah dipicit sehingga terbelah dua.

”Kalau beragama, jangan sekadar pakaiannya (Syariat), biar tentu bersih juga tubuhnya (hakikat). Kalau belajar, jangan sekadar ilmunya, biar tentu kukuh juga adabnya.

Kalau beramal, jangan sekadar ayatnya, biar tentu juga berbulat dengan rahsia-Nya.

Itulah antara amanat Pahlawan Mat Kilau yang boleh dijadikan sebagai azimat,” katanya.



Perdana Menteri berkata, semangat seperti ini perlu digilap kepada generasi baharu supaya mengenal sejarah pahlawan negara di samping menyedarkan pemimpin bangsa ke arah landasan yang betul menurut tuntutan dan ajaran agama.

Semangat dan perjuangan yang telah wujud sejak dulu itu terus mengalir dan diterjemahkan dalam Rundingan Kemerdekaan pada tahun 1956, di Kota London.

Nilai kemerdekaan inilah akhirnya, jelas beliau, berjaya memupuk perpaduan dalam kalangan Keluarga Malaysia yang berbilang kaum, bangsa dan agama, selain integrasi nasional silang budaya merentasi Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Jelasnya, tiada ungkapan yang dapat dizahirkan untuk menggambarkan sanjungan dan rasa terima kasih ke atas perjuangan serta pengorbanan pejuang negara terdahulu termasuklah anggota keselamatan, tentera dan polis. MG



Pertahankan kemerdekaan dari penjajahan era moden – Ismail


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pukulan Khairulaming, Pelanggan Beratur Panjang Mahu Rasa Nasi Lemak RM1.00 Bangsudu



Wanita Ini Dedahkan Sisi Gelap Bisnes Mesin Air

Misteri Raja bertanduk dua disebut dalam al-Quran – Bhg 1

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker