PAS dulu pun suruh ahli undi DAP, kini bersama Gerakan yang tentang hudud

PAS dulu pun suruh ahli undi DAP, kini bersama Gerakan yang tentang hudud

Seorang bekas pemimpin kanan PAS hari ini mengingatkan bagaimana parti itu pernah mengarahkan ahli-ahlinya mengundi serta berkempen untuk DAP bagi menghadapi pilihan raya.

Menurut Mohd Khairuddin Aman Razali, ketika itu PAS menjadi sebahagian daripada komponen gabungan Pakatan Rakyat yang turut dianggotai DAP serta PKR.



Apabila tidak lagi sehaluan dengan parti dalam gabungan itu, katanya, PAS boleh bekerjasama pula dengan Gerakan yang pernah menentang keras rancangan mereka untuk melaksanakan hudud.

“Sebelum ini PAS mengecam dan mengutuk Dr Mahathir Mohamad tetapi hari ini PAS kembali bersama dengan Tun dan memuji Tun yang dulu dikecam kerana tragedi Memali yang melukakan hati ahli PAS.

“Apa yang pimpinan Bersatu tidak kata dan kutuk (mengenai) PAS tapi hari ini PAS dan Bersatu bekerjasama menerusi PN,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Khairuddin yang kini menggalas tugas sebagai setiausaha eksekutif Majlis Ulama Umno berpendapat apa yang berlaku itu adalah kerjasama politik yang dirangka dengan strategi tertentu dan tidak mengorbankan prinsip masing-masing.



“Kerjasama politik antara parti adalah isu strategi semasa yang boleh berubah. Selagi mana syarat-syarat kerjasama dipersetujui dan dipenuhi maka kerjasama boleh diteruskan.

“Apabila syarat dilanggar maka kerjasama politik boleh dirungkai dan dibatalkan. Itu asas dan prinsip dalam bekerjasama,” katanya.

Saling mengundi parti rakan

Kenyataan Mohd Khairuddin itu dibuat ketika PAS – serta PN – terus menyerang kerajaan khususnya Umno yang kini bekerjasama dengan DAP membentuk kerajaan perpaduan.



Beberapa pemimpin politik juga menjangkakan Umno-BN akan terjejas dengan langkah tersebut, khususnya apabila mereka digesa memberikan undi kepada DAP dalam pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi.

Untuk rekod PAS menjadi sebahagian daripada Pakatan Rakyat yang menggabungkan parti itu dengan PKR dan DAP pada 2008. Melalui kerjasama itu gabungan terbabit berjaya membentuk kerajaan di Selangor dan Pulau Pinang.

Bagaimanapun ia berkubur selepas PAS meninggalkan gabungan tersebut pada 2015.

Ia kemudian membawa kepada kemunculan Pakatan Harapan (PH) yang asalnya membabitkan PKR, DAP serta parti yang ditubuhkan bekas pemimpin PAS, Amanah.



Mohd Khairuddin berkata apabila Umno bersetuju menubuhkan kerajaan perpaduan bersama DAP, ada empat prinsip yang dikemukakan – dan dipersetujui – iaitu menjunjung Islam sebagai agama persekutuan, mempertahankan institusi Raja-raja Melayu sebagai asas bernegara, memperakui Hak keistimewaan Melayu dan bumiputra, serta bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Sekiranya ada pihak yang melanggar persetujuan itu, katanya, kerjasama politik tersebut boleh dinilai semula dan dirungkaikan.

Dalam kerjasama antara parti politik, kata Mohd Khairuddin, undi akan diberikan kepada parti rakan masing-masing untuk memaksimumkan kemenangan.

“Dalam PRN nanti ahli-ahli dalam parti PN perlu saling mengundi rakan kerjasama atas dasar ia adalah strategi semasa parti yang tidak mengubah prinsip dan dasar parti masing-masing,” kata bekas setiausaha Majlis Syura Ulama PAS Pusat itu. Mk



PAS dulu pun suruh ahli undi DAP, kini bersama Gerakan yang tentang hudud

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Syamsul-Puteri Sarah berdamai, tetap kawan baik walaupun bercerai



Tan Sri Syed Mokhtar cium tangan PMX jadi bualan netizen [VIDEO]

Artis cantik Indonesia Ita Rahma mengaku telanjang dalam filem hantu

Kes siasatan terhadap Mahathir lengkap, kini ditangan peguam negara

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker