Beberapa individu dijangka didakwa esok berhubung projek LCS

Beberapa individu dijangka didakwa esok berhubung projek LCS

SPRM dijangka mendakwa seorang bekas pegawai tinggi Boustead Naval Shipyard (BNS) — kontraktor yang ditugaskan untuk membina enam Kapal Tempur Pesisir (LCS) untuk Tentera Laut Diraja Malaysia — atas pertuduhan pecah amanah.

Akhbar berbahasa Inggeris, The Star, yang memetik sumber yang tidak dinamakan mengesahkan perkara itu.



Ia menyebut bahawa suspek akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada pukul 9 pagi esok.

“Ya, kami mengenakan pertuduhan ke atas individu tertentu esok (Selasa),” lapor akhbar itu.

Awal bulan ini, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dalam laporannya mendedahkan lebihan kos berjumlah RM1.4 bilion dalam kontrak RM9 bilion LCS, dengan RM6 bilion dibayar pada 2020.

Walaupun kerajaan telah membayar jumlah yang besar, tiada satu pun kapal telah disiapkan selepas lapan tahun; projek ini dimulakan pada tahun 2014.



Susulan itu, SPRM pada 11 Ogos dilaporkan berkata mereka telah menyelesaikan beberapa siasatan terhadap individu tertentu yang dikaitkan dengan dakwaan penyelewengan dalam mengendalikan projek pembinaan LCS. Mk

Beberapa individu dijangka didakwa esok berhubung projek LCS


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Kapal Layar Mewah Milik Siapa Bernilai RM200 Juta? [VIDEO]

Tembelang Pengkid ‘Mohd Syahid’ Pecah



Ahli Parlimen Bersatu sedar tiada peluang untuk menang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker