Bekas penyampa radio bidas hopsital swasta, cuai beri preskripsi ubat

Tidak puas hati dengan seorang doktor yang didakwa memberi preskripsi ubat silap kepada anaknya, seorang bekas penyampai radio membuat aduan terhadap hospital swasta terkenal di Petaling Jaya.

A Kumaresh mengesahkan membuat aduan terhadap doktor tersebut melalui portal rasmi hospital itu, tidak lama setelah mendedahkannya di media sosial.

“Tindakan doktor itu memberi preskripsi yang silap merupakan satu tindakan sangat cuai.

“Saya harap pihak hospital membuat siasatan dan mengambil tindakan terhadap pihak yang cuai dalam insiden ini,” kata bekas kakitangan sebuah radio berbahasa Tamil yang juga seorang pelakon.

A Kumaresh
ADS

Aduan itu dibuat oleh isterinya Sivagamy Gobalan.

Terdahulu, Kumaresh memuat naik video melalui TikTok meminta orang ramai lebih peka ketika mendapatkan rawatan di hospital swasta, setelah menceritakan kisahnya.

Dia juga meminta orang ramai supaya memeriksa bil sebelum membuat bayaran. Sehingga kini video tersebut ditonton lebih 700,000 kali dan dikongsi lebih 6,000 kali.

Kumaresh berkata  ketika mendapatkan rawatan pada 13 Ogos, doktor memberikannya ubat influenza dan memberitahu bahawa ujian bagi mengesahkan penyakit itu tidak perlu dibuat.

Bayaran RM455 dikenakan bagi setiap seorang.

“Ketika kami memeriksa bil, terdapat caj untuk ujian influenza sedangkan ujian itu tidak dibuat. Selepas kami bertanya bil baru dikeluarkan dengan bayaran RM280,” katanya.

Tukar bil lagi

Katanya, di farmasi, mereka mendapati ubat untuk influenza diberikan.

“Kami bertanya siapa akan bertanggungjawab jika anak kami makan ubat yang silap?

“Kemudian, datang seorang lagi staff di farmasi minta menunggu.

“Selepas menunggu lebih 45 minit staff itu kembali dan berkata bahawa doktor itu silap memberi perubatan. Dia meminta maaf dan bil dikurangkan kepada RM160,” katanya.

Sementara itu, dakwanya, ketika menunggu mendapatkan ubat baru, seorang “ketua jabatan kecemasan” menghampirinya.

“Dia memeriksa ubat yang diberi dan bertanya kenapa kami diberi antibiotik. Menurutnya, antibiotik tidak perlu dimakan pada hari pertama demam.

“Kami sangat kecewa dan tidak puas hati dengan layanan hospital swasta tersebut.

“Saya juga telah hilang keyakinan sepenuhnya terhadap integriti, profesionalisme dan kelakuan doktor tersebut.

“Harap Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)  memberi perhatian serius dalam isu ini,” katanya.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kapal Layar Mewah Milik Siapa Bernilai RM200 Juta? [VIDEO]

Tembelang Pengkid ‘Mohd Syahid’ Pecah

Ahli Parlimen Bersatu sedar tiada peluang untuk menang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker