Bimbang kemelesetan: Ringgit cecah RM4.40 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR – Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis apabila mencecah RM4.40 berikutan kebimbangan mengenai kemelesetan ekonomi, kata penganalisis.

Pada 6 petang, unit tempatan susut kepada 4.4030/4060 berbanding dolar AS daripada 4.3960/3975 ketika ditutup pada Rabu.

Rakan Kongsi Pengurusan, SPI Asset Management, Stephen Innes berkata, walaupun dolar AS tidak mengalami begitu banyak permintaan disebabkan kebimbangan terhadap pertumbuhan ekonomi global, namun sentimen ke atas mata wang negara pesat membangun, termasuk ringgit, kekal lemah sekali gus mengakibatkan penjualan secara meluas.

“Pergerakan seterusnya akan bergantung kepada pembukaan semula ekonomi di China.

“Sekiranya China dibuka semula, ringgit dijangka mengukuh memandangkan saluran eksport juga akan dibuka dan mungkin lebihan perdagangan yang mengecil setelah susut lebih rendah berbanding konsensus (unjuran) menjadi sebaliknya,” katanya kepada Bernama.

Ringgit mencecah paras terendah pada 23 Mac 2020 apabila mencapai RM4.447.

Beliau berkata, walaupun hasil AS menurun, namun pasaran masih menjangkakan kadar faedah meningkat 50 mata asas pada mesyuarat Rizab Persekutuan AS akan datang.

“Justeru, saya berpandangan dolar AS tidak mengalami penjualan yang terlalu ketara daripada paras sekarang,” katanya.

Kejatuhan ringgit berbanding dolar AS membimbangkan

Ringgit diniagakan rendah kebanyakannya berbanding kumpulan mata wang utama.

Unit tempatan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1752/1778 daripada 3.1713/1728 ketika ditutup pada Rabu dan rendah berbanding pound British kepada 5.4584/4621 daripada 5.4554/4573.

Ringgit lemah berbanding yen kepada 3.4495/4524 daripada 3.4041/4055 pada Rabu namun meningkat berbanding euro kepada 4.6223/6254 daripada 4.6268/6284. – Bernama

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan

Gambar MK K-Clique berkahwin cetus huru-hara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker