Semua pemain terbaik negara akan dibeli JDT – TMJ

 

PEMILIK Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim konsisten dengan pendiriannya untuk memberi yang terbaik buat arena bola sepak tempatan dan antarabangsa.

Usaha tersebut kata beliau, bukan untuk kelab semata-mata, sebaliknya demi kebaikan bola sepak kebangsaan.



Justeru bagi menutup mulut pengkritik, Tunku Ismail berjanji meneruskan pemburuan dengan membeli pemain-pemain terbaik tempatan dan hanya akan melepaskan mereka dalam aksi kalendar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sahaja.

“Oleh yang demikian, sama macam kenyataan saya sebelum ini, saya akan terus ‘membunuh’ bola sepak Malaysia.

“Saya berjanji akan terus membeli pemain hebat dalam negara dan lepaskan mereka untuk sertai pasukan kebangsaan dalam kalendar FIFA sahaja,” katanya di ruangan komen Instagram pada Ahad.

Kritikan pelbagai pihak tidak mematahkan semangat Tunku Ismail yang bangga dengan prestasi dan kejayaan JDT mencipta pelbagai kejayaan di semua peringkat.



“Well done boys. Ramai yang menyalak setiap tahun. 10 tahun masih tak belajar dan tak terima kejayaan kami.

“Tetapi hanya segelintir sahaja yang bermain bunga api setiap tahun. Betapa untungnya keluarga JDT. Setiap tahun ada perkembangan, setiap tahun Allah kurniakan kejayaan,” katanya.

Tunku Ismail sedar ramai pengkritik kurang senang dengan JDT yang tidak melepaskan pemain untuk menyertai skuad Harimau Malaya bersaing dalam kempen Piala AFF.

“Piala AFF ada yang tak berakal bising, agaknya dia lupa Malaysia layak Piala Asia pemain JDT yang berhempas pulas,” katanya.



Dalam kempen Piala AFF ketika ini, prestasi baik ditunjukkan oleh anak buah Kim Pan-gon apabila mencatat dua kemenangan dalam dua aksi Kumpulan B sekali gus berpeluang untuk mara ke separuh akhir.

Di sebalik kejayaan itu, skuad yang dianggotai ramai muka baharu dengan hanya seorang pemain JDT iaitu Safawi Rasid.

Tonggak JDT lain tidak bersama skuad Harimau Malaya kerana tidak mendapat pelepasan kelab ekoran saingan Piala AFF berlangsung di luar kalendar FIFA.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wawasan Mahathir ditamatkan




Tikus jilat ayam goreng di Kedai Mamak, KKM minta maklumat lanjut [VIDEO]

 

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker