Walaupun terbeban, BNS berjaya selamatkan projek NGPV – Najib

Walaupun terbeban, BNS berjaya selamatkan projek NGPV – Najib

Boustead Naval Services (BNS) berjaya menyelamatkan projek Kapal Peronda Generasi Baharu (NGPV) walaupun ia terbeban dengan cabaran hutang dan masalah legasi PSC-Naval Dockyard.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, sebanyak enam buah NGPV telah diserahkan oleh syarikat tersebut kepada kerajaan antara 2006 hingga 2010.



Menurut beliau, pada masa itu, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan kerajaan tidak lagi berhasrat untuk meneruskan pembinaan baki 21 buah NGPV yang bernilai sekitar RM24 bilion dan memilih untuk menggantikan projek berkenaan dengan projek kapal tempur pesisir (LCS) yang menjadi kontroversi besar ketika ini.

“Sebab itu, letter of award diberi pada tahun 2011 untuk membenarkan BNS mula berunding dengan TLDM dan vendor untuk memajukan projek LCS dan untuk terus membina kebolehan serta kepakaran dalam industri pertahanan negara.

“Namun, kontrak akhir untuk membina 6 buah kapal LCS yang jauh lebih besar dan canggih berbanding NGPV hanya ditandatangan pada Julai 2014 di mana pembinaan fizikal kapal LCS hanya bermula pada Januari 2015.

“BNS memang akan mencatat keuntungan sekiranya diberi kontrak pembinaan enam buah kapal LCS dan seperti didedahkan laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan juga Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), syarikat BNS telah menggunakan RM400 juta daripada bayaran pendahuluan bagi projek LCS untuk menjelaskan hutang lapuk bagi projek NGPV,” katanya dalam hantaran Facebook miliknya, hari ini.



Ahli Parlimen Pekan itu mengulas tentang kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif LTAT, Datuk Ahmad Nazim Abd. Rahman semalam bahawa BNS terpaksa menggunakan sebahagian daripada dana daripada perolehan LCS untuk membayar hutang lapuk projek lain.

Ini kerana, Boustead Holdings Bhd yang pemegang saham terbesarnya adalah LTAT terpaksa pada satu ketika mengambil alih PSC Industries Bhd yang dibebani hutang, sebuah syarikat yang gagal menunaikan kontrak RM9 bilion untuk membina enam kapal peronda luar pesisir (OPV).

Pada 4 Ogos lalu, Pengerusi PAC, Wong Kah Woh mendedahkan, mendedahkan, BNS masih gagal menyerahkan sebarang LCS setakat ini kepada kerajaan walaupun telah menerima bayaran RM6.08 bilion.

Najib turut menjelaskan, Limbungan TLDM yang dikorporatkan oleh kerajaan pada 1991 sebelum dijual pada 1995 kepada syarikat swasta, Penang Shipbuilding & Construction Corporation (PSC) untuk menjadi syarikat PSC-Naval Dockyard.



Beliau menambah, pada 1998, kerajaan memberi kontrak pembinaan untuk 27 NGPV dengan anggaran bajet sebanyak RM30 bilion kepada syarikat swasta tersebut.

“Fasa pertama melibatkan pembinaan enam kapal pertama dengan kos RM6 bilion.

“Namun kontrak ini gagal dan tiada satu kapal pun diserahkan oleh PSC-Naval Dockyard sehingga Jun 2005,” jelasnya.

Najib memberitahu, kerajaan melalui syarikat Boustead milik LTAT terpaksa menyelamatkan projek itu dengan membeli kepentingan saham majoriti dalam syarikat PSC-Naval Dockyard pada Disember 2005.



“Syarikat itu dijenamakan semula menjadi syarikat Boustead Naval Dockyard Sdn Bhd,” katanya. MG

Walaupun terbeban, BNS berjaya selamatkan projek NGPV – Najib


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Emma Maembong, Shahz Jaszle kena kecam sakan menari berpelukan (Video)

Darlene tular dipeluk dua lelaki kini bekerja di dapur, kaunter



Iman Troye lupa diri?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker