Rohana belum serah aset USD10 juta dikait 1MDB

Rohana belum serah aset USD10 juta dikait 1MDB

Bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) Astro Malaysia Holdings Bhd, Rohana Rozhan, yang dikaitkan dengan Tim Leissner difahamkan belum menyerahkan semua aset dikaitkan dengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Utusan Malaysia yang memetik sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, agensi itu sedang memperincikan kertas siasatan membabitkan Rohana dan kini giat mendapatkan semula wang terbabit.

“Kertas siasatan berkenaan dalam proses untuk diperincikan dan SPRM sedang proses mendapatkan aset-aset tersebut,” kata sumber itu.

Ketika memberi keterangan di mahkamah di New York sebelum ini, Leissner yang juga saksi pendakwa berkata, dia memberi Rohana USD10 juta dan wanita itu membeli rumah bernilai USD7 juta di Montpelier Street, London.

Siasatan ke atas 1MDB, yang dianggap skandal kewangan terbesar di dunia, menyaksikan berbilion dolar dana agensi itu diseleweng oleh pelbagai pihak.

Keterangan Leissner dalam perbicaraan kes bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng berkaitan 1MDB di Amerika Syarikat (AS) itu mendorong SPRM mengambil keterangan daripada Rohana, Februari lalu.

Pada April lalu, Rohana yang dikatakan menjalin hubungan dengan Leissner, secara dasarnya bersetuju menyerahkan semula wang USD10 juta diberikan bekas pegawai bank Goldman Sachs Group Inc itu. FMT

Rohana belum serah aset USD10 juta dikait 1MDB


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Emma Maembong, Shahz Jaszle kena kecam sakan menari berpelukan (Video)

Darlene tular dipeluk dua lelaki kini bekerja di dapur, kaunter

Iman Troye lupa diri?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker