Tayang Baby Bump Salah Satu Perkara Haram Dilakukan Oleh Wanita Hamil [VIDEO]

Tayang Baby Bump Salah Satu Perkara Haram Dilakukan Oleh Wanita Hamil [VIDEO]

PENGALAMAN hamil sememangnya antara momen yang paling berharga dan dinanti-nantikan oleh setiap wanita.

Justeru, ramai yang teruja untuk berkongsi setiap perkara mengenai kehamilan mereka di media sosial.

Namun dalam keterujaan tersebut, sebenarnya ada perkara yang diharamkan oleh wanita hamil untuk berkongsi kepada khalayak.



Gambar imbasan bayi haram ditunjukkan kepada khalayak. Foto: Dreamstime/TNS. Gambar hiasan

Seorang selebriti media sosial yang aktif membuat perkongsian berkenaan keagamaan dan motivasi, Aisyah Hijanah, tampil berkongsi perkara yang haram dilakukan oleh wanita hamil yang mungkin ramai terlepas pandang.

Menerusi perkongsian di aplikasi TikTok, Aisyah menghuraikan mengenai dua perkara tersebut dan menjelaskan sebab-sebab mengapa ia diharamkan untuk dikongsi.

“Ada dua benda ni yang sebenarnya perempuan pregnant tak boleh tunjuk. Tapi yang nombor dua ini mesti anda terkejut… tak boleh tunjuk rupanya.



“Yang pertama adalah kita punya baby bump, kadang-kadang tu ada perempuan dah pakai baju loose (longgar) tapi sebab baby bump dia memang besar… kalau pakai baju loose sekalipun akan nampak walau dia tak pakai baju ketat.

hamil 4

Wanita Islam yang hamil wajib memakai pakaian yang longgar dan tidak menampakkan bentuk perut. -Gambar hiasan

“Itu tak apalah. Tapi kalau baby bump memang nampak, lepas itu sengaja pakai ketat, yang itu tak boleh,” katanya dalam video perkongsian tersebut.



Manakala perkara kedua di mana seorang wanita hamil haram melakukannya adalah menunjukkan gambar imbasan bayi.

“Yang scan baby itu pun tak boleh tunjuk juga sebab zahirnya janin adalah yang tersembunyi. Bila kita tunjuk dekat orang, dia tak selari dengan janin tu sendiri iaitu ia ‘tersembunyi’.

“(Kesimpulannya) yang pertama adalah baby bump, dan yang kedua adalah scan 2D tu,” ujarnya lagi.

Sehingga kini perkongsian Aisyah meraih sehingga 1.5 juta jumlah tontonan di aplikasi TikTok.



VIDEO DIBAWAH:-

Tayang Baby Bump Salah Satu Perkara Haram Dilakukan Oleh Wanita Hamil [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pengarah urusan dihukum penjara 230 tahun tipu pakej umrah, ziarah



Gadis cantik tidak kisah bergelar petani cendawan

‘Dia bukan anak atau anak ikan tetapi suami saya yang sah’

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker