Bernama mahu saman wartawan penyiarannya

Bernama mahu saman wartawan penyiarannya

Bernama mahu mengemukakan saman fitnah terhadap seorang wartawan penyiarannya yang didakwa membuat tuduhan tidak berasas kepada agensi berita kerajaan itu.

“Berikutan dakwaan Sydney Yap Xi Ni, Bernama akan mengambil tindakan undang-undang fitnah kerana ini menjejaskan imej dan reputasi Bernama serta kerajaan,” katanya.

Tindakan itu diumumkan ketika menafikan dakwaan Yap bahawa syarikat itu memotong gaji pekerja dan merendahkan kualiti berita Mandarinnya.

Katanya, ketika mengambil alih penerbitan berita Mandarin daripada sebuah syarikat swasta pada 2019, petugas yang diserap bersetuju dengan gaji ditawarkan.

“Malahan mereka diberikan kenaikan tahunan setiap kali kontrak diperbaharui,” katanya dalam kenyataan.

Berkaitan kualiti berita Mandarin pula, Bernama berkata penerbitan berita dikurangkan daripada tujuh hari kepada lima hari seminggu pada bulan ini sebagai langkah segera sementara berikutan kekurangan petugas.

“Masalah kekurangan petugas di Meja Mandarin, bukan sahaja dihadapi oleh Bernama, tetapi difahamkan juga berlaku di stesen televisyen lain yang juga mengendalikan berita Mandarin,” kata Bernama.

Menurut Bernama Yap merupakan wartawan penyiaran (kontrak)) sejak 2019 yang tidak menyambung kontrak sedia ada yang akan tamat 31 Ogos 2022.

Sementara itu, Yap berkata dia mempertahankan pendiriannya dan bersedia untuk sebarang kemungkinan.

“Saya serahkan kepada pasukan peguam saya,” katanya dalam bahasa Mandarin di media sosial.

Dalam tulisan lain, dia juga berkata, isu itu bukan hanya melibatkan masyarakat Cina dan berita Mandarin Bernama saja, tetapi juga hak petugas media sebagai pekerja. Mk

Bernama mahu saman wartawan penyiarannya


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Emma Maembong, Shahz Jaszle kena kecam sakan menari berpelukan (Video)

Khairuddin haiwan politik, tak kenang jasa Bersatu – Sanusi

Menteri guna kereta elektrik mulai tahun depan – Tuan Ibrahim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker