Konsert Fabulous Friday: ‘Saya Kecewa Tidak Dapat Berikan Yang Terbaik’ – Awie

Konsert Fabulous Friday: ‘Saya Kecewa Tidak Dapat Berikan Yang Terbaik’ – Awie

Legenda rock tanah air, Datuk Awie mengakui kecewa tidak dapat memberikan persembahan terbaik pada malam kedua Konsert Fabulous Friday di Dewan Filharmonik PETRONAS pada Jumaat.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman menjelaskan, beliau sebenarnya tidak sihat sejak hari pertama konsert terbabit.



“Macam-macam bekalan ubat telah saya bawa ke atas pentas. Malah, tangan saya juga kejang ketika sedang membuat persembahan pada malam ini.

“Lagu kegemaran saya adalah Gema Di Indraloka namun saya gagal untuk memberikan yang terbaik. Saya kurang berpuas hati dengan persembahan saya pada malam ini,” jelasnya.

Bagaimanapun tegas Awie, tahap kesihatannya bukan penghalang untuk beliau dan Wings meneruskan hari kedua konsert demi peminat.

“Itu bukan alasan untuk tidak memberikan yang terbaik. Minta maaf andai kata saya ada kurang di mana-mana bahagian. Saya cuba sehabis baik untuk semua.



“Saya kecewa, kita (Wings) berlatih kuat-kuat… akhirnya tewas di atas pentas,” katanya lagi.

Sepanjang konsert, Awie dilihat memberikan persembahan yang memukau peminat setia kumpulan rock itu.

Wings mempersembahkan 15 buah lagu dari beberapa album di Fabulous Friday pada Jumaat.

Antaranya seperti Satelit Puaka, Kuburkan Aku, Lubuk Pusing, Mabuk 7 Lautan, Gemuruh Opera Hidup dan Gema Di Indraloka.AA



Konsert Fabulous Friday: ‘Saya Kecewa Tidak Dapat Berikan Yang Terbaik’ – Awie

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Tangkapan ikan gergasi ‘oarfish’ cetus kepercayaan gempa dahsyat bakal menyusul

Ambulans terbalik dilanggar jururawat



 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker