PM tak perlu bazir wang layan tuntutan jawatan TPM – Zaidi

PM tak perlu bazir wang layan tuntutan jawatan TPM – Zaidi

Pemimpin akar umbi Umno meminta Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob tidak melayan tuntutan Perikatan Nasional (PN), khususnya Bersatu, untuk diberikan jawatan timbalan perdana menteri (TPM).

Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh, Mohd Zaidi Mohd Said berkata, tidak perlu membazir wang rakyat untuk jawatan TPM bagi tempoh singkat demi memenuhi nafsu parti politik tertentu memandangkan penggal Parlimen akan tamat kurang setahun, iaitu selepas 16 Julai 2023.



Katanya, lebih baik peruntukan negara untuk jawatan TPM diagihkan kepada rakyat yang menghadapi krisis ekonomi ketika ini susulan kenaikan harga barang.

“Perdana menteri yang juga naib presiden Umno telah beberapa kali memberi isyarat jelas beliau bersedia membubarkan Parlimen dalam masa terdekat, jika semua pihak bersedia menghadapinya.

“Justeru, tiada keperluan untuk melantik TPM dalam tempoh yang semakin singkat ini. Majoriti rakyat tidak mahu berlaku pembaziran dengan pelantikan yang tidak membawa apa-apa faedah pada mereka,” katanya kepada FMT.

Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Seputeh, Mustapa Kamal Mohd Yusoff berkata, tiada keperluan melantik TPM ketika ini kerana ada banyak perkara lain berkaitan rakyat dan negara perlu diutamakan.



“Perdana menteri perlu fokus kepada permasalahan rakyat dan menaikkan ekonomi negara. Ini jauh lebih penting daripada memikirkan siapa perlu dilantik sebagai TPM. Rakyat sebenarnya sudah muak dengan isu remeh berkaitan politik. Tanpa TPM pun, pentadbiran negara berjalan dengan baik…jadi tidak perlu mendesak perdana menteri untuk isi kekosongan itu.”

Ketua Umno Bahagian Beruas, Azhar Ahmad pula tidak menolak desakan melantik TPM dari Bersatu sebagai gerakan halus supaya perdana menteri membubarkan Parlimen lebih awal.

“Tapi saya yakin perdana menteri tidak akan termakan dengan tekanan halus ini. Perdana menteri juga telah menyatakan akan membubarkan Parlimen dalam masa terdekat…bola di tangan perdana menteri, jadi saya yakin PRU akan dilakukan pada bila-bila masa, tidak perlu nak main tekanan cara halus.”

Katanya, perdana menteri bukan seorang yang “lembik” dan mudah tunduk kepada tekanan mana-mana pihak, dan ini terbukti apabila Ismail mampu meyakinkan semua pihak, termasuk pembangkang, untuk memastikan negara dalam keadaan stabil.



“Perdana menteri berjaya membawa negara dalam keadaan stabil, malah inflasi negara kita antara terendah di Asia Tenggara berbanding negara lain. Walaupun orang kata perdana menteri lembik, tapi sebenarnya itulah kekuatannya boleh mengembalikan ekonomi negara kembali stabil.”

Beliau juga mengingatkan semua parti pemerintah sepatutnya membantu Ismail mengembalikan kestabilan negara kerana ini secara tidak langsung akan menaikkan nama parti mereka yang menjadi sebahagian kerajaan campuran ketika ini berbanding keghairahan menuntut jawatan TPM.

Pada 2 Julai lalu, Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin berkata, beliau menemui Ismail untuk membincangkan pelantikan politik, termasuk jawatan TPM, seperti yang dipersetujui dahulu apabila gabungan itu memutuskan untuk menyokong kerajaan Ismail.

Terbaru, Setiausaha Agung PN, Hamzah Zainudin kecewa dengan Ismail kerana dilihat “tidak bersungguh” memenuhi “terma penting” perjanjiannya dengan gabungan itu, yang menyokong beliau menjadi perdana menteri dan mahu menghantar perwakilan untuk membincangkan pelaksanaan janji dalam masa terdekat. FMT



PM tak perlu bazir wang layan tuntutan jawatan TPM – Zaidi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video tak senonoh didakwa penyanyi terkenal tanah air kini kecoh



Pesakit psikiatri maut terjun dari tingkat empat Aman Central

Restoran nasi kandar sedia mi goreng ‘perisa najis tikus’ diarah tutup



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker