Kenyataan Ismail betul, Guan Eng yang menipu – Yee Aun

Kenyataan Ismail betul, Guan Eng yang menipu – Yee Aun

Tun Dr Mahathir Mohamad pernah menyebut bahawa DAP yang menentukan lantikannya sebagai Pengerusi Pakatan Harapan dan bakal Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 yang lalu.

Malah, Mahathir juga pernah menyatakan DAP yang boleh menentukan pemimpin yang akan pegang jawatan selepas berjaya ambil alih Kerajaan Pusat.



Kenyataan-kenyataan ini bukan dari UMNO, kata Presiden Pertubuhan Hak Belia Malaysia, Shen Yee Aun.

Bahkan Pengerusi DAP pada ketika itu iaitu Tan Kok Wai juga dilantik menjadi Penasihat Perdana Menteri yang dibayar sebanyak RM18,204.67 sebulan.

Yee Aun berkata, ini bermakna kenyataan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa DAP menguasai kerajaan Pakatan Harapan (PH) adalah jujur, sebaliknya, Lim Guan Eng yang menipu.

Berhubung penetapan harga petrol dan minyak pula, katanya, PH pernah mengenakan harga RON05 sebanyak RM2.20 seliter sedangkan berdasarkan kepada harga brent ketika itu pada sekitar AS$52 satu tong, harga petrol RON 95 sepatutnya antara RM1.90 sehingga RM2.



Penetapan harga minyak oleh PH itu turut menyebabka Rafizi Ramli juga tidak bersetuju dan menggesa kerajaan PH melaksanakan sistem apungan minyak secara mingguan seperti dilaksanakan Barisan Nasional (BN).

Mengulas kenyataan Anthony Loke bahawa kerajaan PH membayar RM555 juta kepada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Yee Aun mempersoalkan langkah yang dibuat oleh PH itu bertentangan dengan janji DAP untuk menghapuskan sistem AES dalam manifesto mereka.

”Setelah berkuasa bukan sahaja tidak hapuskan tetapi menambah lagi kamera AES di Lebuh Raya Utara Selatan. Dan kos RM200,000 untuk setiap pembelian kamera jauh lebih mahal daripada zaman BN iaitu RM170,000,” ujarnya.

Yee Aun turut mempersoalkan langkah DAP muengurangkan tol sebanyak 18 peratus sedangkan janji dan manifesto parti itu untuk menghapuskan tol.



Jelasnya, pengurangan 18 peratus ini pula sebenarnya melanjutkan konsensi tol selama 30 tahun yang sebenarnya lebih membebankan rakyat.

Bahkan, PH membenarkan pengendali Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) mengutip tol selama 43 tahun sehingga 19 Disember 2063 dan melanjutkan konsensi tol PLUS selama 20 tahun lagi ke tahun 2058.

Mengulas mengenai suntikan tambahan dana RM45 bilion dalam Bantuan Keluarga Malaysia yang didakwa dicadangkan oleh DAP, Yee Aun berkata, Guan Eng sepatutnya belajar matematik dalam isu ini.

”Jika hendak ‘claim’ kredit sekalipun janganlah buta matematik. Jika hendak menipu pun biarlah berfakta. Hal ini disebabkan keseluruhan jumlah peruntukan BKM adalah sebanyak RM8.2 bilion dan bukannya RM45 billion,” ujarnya.



Beliau turut mempersoalkan dakwaan Guan Eng bahawa DAP penyelamat Lembaga Tabung Haji kerana realitinya kerajaan PH pada Ogos 2019 menjual 14 anak syarikat Tabung Haji Plantation (THP) yang memiliki 76,957 hektar tanah iaitu 76.2% daripada keseluruhan ladang sawit syarikat itu walau pun ada syarikat tersebut mencatatkan keuntungan.

Kabinet PH pada ketika itu mengesahkan bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) akan kekal menyelia Lembaga Tabung Haji (TH) atas arahan Lim Guan Eng Menteri Kewangan Malaysia.

“Kini sudah terang lagi bersuluh pihak mana yang sebenarnya tidak tahu matematik, menipu , memutarbelitkan fakta dan menjaja naratif palsu,” tambah Yee Aun. MG

Kenyataan Ismail betul, Guan Eng yang menipu – Yee Aun




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video tak senonoh didakwa penyanyi terkenal tanah air kini kecoh



Pesakit psikiatri maut terjun dari tingkat empat Aman Central

Restoran nasi kandar sedia mi goreng ‘perisa najis tikus’ diarah tutup

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker