Azeem Fahmi kelima di dunia

Azeem Fahmi kelima di dunia

“Ini hanya permulaan, memperkenalkan diri saya kepada dunia, ya kita ke hadapan! Esok 200m”.

Itu antara kata-kata dirakam atlet muda olahraga negara, Muhammad Azeem Fahmi menerusi laman Twitternya pagi tadi sebaik meraih tempat kelima di Kejohanan Olahraga Remaja Dunia di Cali, Colombia dengan menyifatkan ia satu sejarah buat dirinya.



Azeem yang mencatat 10.14 saat (s) pada final acara 100 meter (m) yang berlangsung di Stadium Pascual Guerrero Olympic berkata, pencapaian itu adalah satu kebanggaan.

Dalam muat naik yang sama di Twitter, Azeem berkata: “5th in the world thank your Malaysia (Kelima di dunia, terima kasih Malaysia!.”

Manakala di Instastory miliknya Azeem menyemat kata-kata: “Kita sudah melakukannya!!. Sejarah. Tiada apa (untuk diperkatakan), saya berbangga dengan diri saya sendiri dan terima kasih Malaysia!! – Kelima di dunia.”.

Pagi tadi, atlet berusia 18 tahun itu menamatkan saingan final acara 100 meter (m) dengan catatan 10.14 saat (s), sekali gus memperbaiki catatan dilakukannya pada separuh akhir sebelum itu, 10.19s.



Atlet Botswana, Letsile Tebogo muncul juara dengan catatan 9.91s manakala tempat kedua dimenangi Bouwahjgie Nkrumie dari Jamaica, 10.02s.

Tempat ketiga diraih atlet Afrika Selatan, Benjamin Richardson yang melakukan, 10.12s dan wakil Thailand, Puripol Boonson berada di tempat keempat, 10.12s.

Semalam, Azeem mencipta sensasi apabila memecahkan rekod kebangsaan acara 100m dengan catatan 10.09s sekali gus mengungguli saingan bagi saringan lapan dan melangkah ke peringkat separuh akhir.

Catatan direkodkan Azeem itu menyaksikan dia memperbaharui rekod kebangsaan yang sebelum ini dipegang Khairul Hafiz Jantan dengan catatan 10.18s ketika menjuarai saingan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2016 di Sarawak.



Awal pagi esok, Azeem dijadual menyertai saringan acara 200m yang menyaksikan tiga pelumba terbaik dan tiga catatan masa terbaik dalam setiap saringan bakal memperoleh tempat ke separuh akhir.

Azeem sekali lagi memohon doa dari rakyat Malaysia untuk dirinya dan sentiasa memberi sokongan untuk dia melakukan yang terbaik. “Doakan saya. Saya akan lari di saringan ketiga lorong kelapan.

“Saya harap rakyat Malaysia doakan saya untuk saya berjaya mara hingga ke peringkat seterusnya. Insya-Allah,” katanya.

Sementara itu, hantaran sama Azeem di akaun Twitter turut dilimpahi ucapan tahniah daripada warga net yang berbangga dengan pencapaian pelari dari Ipoh, Perak itu.



“Tahniah!. Goodluck malam ini 200m pulak,” tulis Taslim Razin di Twitter manakala Adil Hamizi Fairus menulis: “Tahniah Azeem!. Bright future (masa depan yang cerah).”

Megat Rieman pula menulis: “Baru permulaan… kembali semula dan jangan toleh belakang. Jalan terus dan jadikan peristiwa hari ini pembakar semangat. Standing in the eyes of the world.” BH

Azeem Fahmi kelima di dunia


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Che Puan Nur Diana Petra Abdullah diisytihar sebagai Sultanah Kelantan berkuat kuasa hari ini

“Sampai Hati…Bapa Saya Baru Meninggal”-Azza Elite Kena Maki Dengan DIVA Azwan Ali Gara-gara…



Syed Saddiq, Dr Rafidah Bertikam Lidah Di Twitter Pasal Isu Merokok

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker