Nippon Sushi mohon maaf promosi video tak sensitif budaya

Nippon Sushi mohon maaf promosi video tak sensitif budaya

Francais makanan Jepun tempatan Nippon Sushi memohon maaf secara rasmi berhubung video TikTok yang dihasilkan bersama seorang pempengaruh tempatan berikutan tuduhan ia bersifat tidak sensitif budaya.

Nippon Sushi berkata, pihaknya mengambil maklum segala komen daripada orang ramai dan bagaimana kandungan yang digambarkan tidak sesuai bagi masyarakat berbilang kaum, serta jenama korporatnya.



“Seribu kemaafan daripada warga pengurusan Nippon Sushi atas insiden tersebut,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

“Nippon Sushi akan mengambil tanggungjawab sepenuhnya ke atas segala kekhilafan, kesalahan dan segala salah tatacara pihak kami. Kami tidak berhasrat untuk mempersendakan mana-mana agama dan kaum dalam penghasilan vdeo tersebut.”

Video menampilkan pempengaruh tersebut ialah percubaan pertama syarikat itu menggunakan TikTok untuk mempromosikan jenamanya, tambahnya.

“Keterujaan kami dalam projek (video) itu menyebabkan kami terlepas pandang isu yang telah dibangkitkan. Kami akui kelemahan pihak kami,” katanya.



Tambahnya, pempengaruh terbabit juga telah tampil untuk memohon maaf berhubung perkara itu.

Video berdurasi seminit tiga saat yang dihasilkan di sebuah cawangan Nippon Sushi itu menunjukkan “Ceo Batu” mempersendakan Bahasa Jepun dengan menggunakan nama beberapa jenama popular membentuk sebuah ayat.

Selain turut melekatkan pita di tepi matanya supaya kelihatan sepet, pempengaruh itu dilihat mencampakkan chopstick yang cuba digunakannya dan menikmati sushi menggunakan tangan.

Video itu disiarkan di akaun media sosial rasmi syarikat itu tetapi telah diturunkan susulan tindak balas orang ramai. Video itu masih disiarkan di akaun TikTok “Ceo Batu” dan telah ditonton lebih 460,000 kali. FMT



Nippon Sushi mohon maaf promosi video tak sensitif budaya


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Che Puan Nur Diana Petra Abdullah diisytihar sebagai Sultanah Kelantan berkuat kuasa hari ini



“Sampai Hati…Bapa Saya Baru Meninggal”-Azza Elite Kena Maki Dengan DIVA Azwan Ali Gara-gara…

Syed Saddiq, Dr Rafidah Bertikam Lidah Di Twitter Pasal Isu Merokok



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker