Perasmian ASEAN Para Games meriah dengan percikan bunga api

Persembahan bunga api pada Majlis Perasmian Sukan Para ASEAN Solo 2022 di Stadium Menahan hari ini. – Foto Bernama

INDONESIA mengalu-alukan penyertaan 1,200 atlet dengan percikan bunga api, persembahan wayang kulit dan muzikal apabila menampilkan upacara perasmian menakjubkan sempena (APG) ASEAN Para Games ke-11, di sini, malam ini.

Seramai 10,000 penonton di Stadium Manahan terpukau dengan acara perasmian mega apabila disajikan persembahan tanpa di duga oleh pelawak tersohor, Dodit Mulyanto serta Gabenor Jawa Tengah, Ganjar Pranowo.

Perarakan kontinjen Malaysia, terdiri daripada 23 atlet dan tujuh pegawai, diketuai oleh Chef-de-Mission (CDM), Kolonel (B) Md Nor Azam Ariffin dan atlet lontar peluru (F55), Mohd Zikri Zakaria membawa Jalur Gemilang, menjadi negara keempat masuk ke dalam stadium.

Kontinjen negara memakai jaket berwarna kuning dan seluar trek berjalur hitam melambangkan ‘Harimau Malaya’.



Ketua Jawatankuasa Penganjur Penganjur Sukan Para ASEAN Indonessia (INASPOC), Gibran Rakabuming Raka, yang merupakan Datuk Bandar Solo dan anak lelaki sulung Presiden Joko Widodo, melakukan penampilan khas dengan menunggang kuda masuk ke stadium sebelum menyampaikan upacan perasmian.

Atlet Olahraga Para Kebangsaan Zikry Zakaria membawa Jalur Gemilang ketika mengetuai perbarisan kontinjen Malaysia pada Majlis Perasmian Sukan Para ASEAN Solo 2022 di Stadium Menahan hari ini. – Foto Bernama
Naib Presiden Indonesia, Ma’ruf Amin, kemudian merasmikan temasya itu, menandakan saingan selama seminggu itu bermula dengan penyertaan 11 negara.

Sebaik sahaja penembak Paralimpik, Hanik Puji Hastuti menyalakan kawah api temasya sukan itu, penonton di stadium serba guna berkapasiti 20,000 itu disajikan dengan persembahan bunga api menyinari langit sekitar stadium disusuli dengan acara kemuncak oleh persembahan penyanyi popular, Nella Kharisma.

Cabaran Malaysia akan disandang oleh 70 atlet dalam 11 sukan — badminton, boccia, bola tampar duduk, catur, goalball, ping pong, olahraga, memanah. renang, powerlifting dan tenis berkerusi roda, manakala tiada wakil negara dalam acara judo, bola sepak tujuh sebelah dan bola keranjang kerusi roda.



Antara wakil utama negara di sini ialah empat pemenang emas Sukan Paralimpik, — Muhammad Ziyad Zolkefli (lontar peluru t F20), Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi (100m T36), Abdul Latif Romly (lompat jauh T20) dan pemain badminton, Cheah Liek Hou.

Malaysia menyasarkan sekurang-kurangnya 16 pingat emas selepas muncul naib juara dengan 90 emas, 85 perak dan 83 gangsa apabila Malaysia menjadi tuan rumah pada edisi lalu pada 2017 di Kuala Lumpur.

Edisi 2019 di Filipina pada mulanya ditangguhkan atas sebab kewangan sebelum dibatalkan kerana pandemik COVID-19, manakala tuan rumah 2021 Vietnam turut membatalkan temasya itu atas alasan pandemik.

Bagaimanapun, Indonesia tampil sebagai tuan rumah hanya beberapa bulan kebelakangan ini untuk menyelamatkan APG dan ini adalah kali kedua Indonesia tuan rumah selepas edisi 2011 yang turut diadakan di Solo. – Bernama



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hukum iringi jenazah dengan bacaan al-Fatihah



Ziana Zain tarik macam tu saja dekat kedai makan (Video)

ISA tak zalim, SOSMA zalim pulak



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker