PAU 2022: UMNO Johor bangkit tentang cadangan usul jawatan presiden dan timbalan tidak dipertandingkan

Cadangan agar Umno mengecualikan pertandingan untuk dua jawatan tertinggi parti ditentang oleh perwakilan UMNO dari Johor hari ini.

Perwakilan negeri itu yang berbahas malah membangkitkan persoalan selama mana Umno mahu “menunggang” isu perpaduan dan kestabilan parti untuk menjustifikasikan cadangan tersebut.

Perwakilan Johor, Pandak Ahmad, berkata jika hujah mahukan kestabilan parti menjadi alasan, sepatutnya jawatan lain juga disaran agar tidak dipertandingkan.



“Bawalah usul tambahan untuk tidk mempertandingkan jawatan-jawatan parti di bahagian-bahagian dan cawangan.

“Tak perlu kelulusan dan persetujuan majlis kerja tertinggi dan due process yang sepatutnya,” kata Pandak.

Teks ucapan timbalan ketua Umno Iskandar Puteri itu diedarkan oleh sekretatiat media parti itu pada pagi ini.

Dia juga berasa “pelik” apabila usul berkenaan – yang dibawa perwakilan Negeri Sembilan semalam – boleh diterima dan dibahaskan oleh persidangan.



Kata Pandak usul berkenaan dilihat tidak sempurna dan tidak boleh diteruskan kerana bercanggah dengan Fasal 30 Perlembagaan Umno dan perkara 10 peraturan persidangan.

“Mungkin Umno sekarang dah jadi parti ‘asal boleh’ saja agaknya,” tambah Pandak lagi.

Dalam ucapan sama Pandak juga menggesa agar Umno negeri diberi kuasa untuk memilih pengerusi dan timbalan pengerusi badan perhubungan, bukannya presiden parti.

Langkah itu, kata Pandak, membolehkan badan perhubungan Umno negeri lebih signifikan, sekali gus menjadi pembaharuan yang dapat mengukuhkan kembali Umno di negara ini.



“Badan-badan perhubungan Umno negeri wajar diberikan autoriti yang kebih bermakna.

“Sebagai contoh, pemilihan pengerusi dan timbalan pengerusi mestilah dipilih dalam kalangan barisan jawatankuasa perhubungan negeri, bukannya dilantik oleh presiden,” katanya.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wajah cantik, nasi lemak laku keras

Puteri Sarah sindir Syamsul



Zahid dah beritahu sedia untuk bertarung – Khairy

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker