Serangan lanun, rompakan bersenjata meningkat di Selat Singapura

Serangan lanun, rompakan bersenjata meningkat di Selat Singapura

SINGAPURA: Kes rompakan bersenjata di Selat Singapura mencatat peningkatan dalam separuh pertama tahun ini, namun ia membabitkan sejumlah kecil daripada semua kapal yang menggunakan perairan itu.

Pusat Perkongsian Maklumat Perjanjian Kerjasama Serantau Melawan Lanun dan Rompakan Bersenjata Terhadap Kapal di Asia (ReCAAP), berkata 27 kes dilaporkan antara Januari hingga Jun tahun ini di perairan itu, juga antara yang paling sibuk di dunia.



Jumlah itu meningkat sebanyak tujuh kes berbanding tempoh sama tahun lalu.

Daripada 27 kes yang dilaporkan, 19 daripadanya berlaku dalam laluan arah timur di Skim Pemisahan Trafik, dengan satu kluster kes berlaku sekitar Pulau Nongsa berhampiran Pulau Batam, Indonesia.

Jelasnya, separuh pertama tahun ini menyaksikan peningkatan serangan lanun dan kes rompakan bersenjata di seluruh perairan di Asia, dengan 42 kes dilaporkan berbanding 38 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

Kegiatan lanun merujuk pada serangan di perairan antarabangsa, manakala rompakan bersenjata adalah serangan dalam wilayah perairan negara.



Pengarah Eksekutif Pusat Perkongsian Maklumat ReCAAP, N Krishnaswamy, berkata peningkatan itu berkemungkinan akibat kesan ekonomi COVID-19, yang menyebabkan lebih ramai individu memilih melakukan jenayah di laut.

Namun, katanya, kes itu masih dianggap kecil jika dibandingkan jumlah kapal dagang menggunakan Selat Singapura, yang mencecah hampir 1,000 kapal setiap hari.

“Kes jenayah menunjukkan peningkatan, namun ia masih kecil berbanding jumlah trafik di perairan ini,” katanya.

Jelasnya, peningkatan laporan juga mungkin menunjukkan tahap keyakinan pengemudi kapal terhadap tindakan agensi penguat kuasa jika mengalami ancaman.



Dalam kes yang dilaporkan, penjenayah tidak menggunakan senjata untuk mengancam atau mencederakan anak kapal, kecuali dalam satu kes.

Dalam kes tunggal itu, penjenayah mengancam seorang anak kapal menggunakan pisau, menolaknya sehingga jatuh ke lantai dan mengikatnya di dalam bilik enjin.

Anak kapal itu berjaya melepaskan diri dan memaklumkan kepada rakannya yang lain, tetapi penjenayah sudah melarikan diri bersama alat ganti enjin.

Kebanyakan kes rompakan bersenjata di Selat Singapura berlaku pada waktu malam, membabitkan dua hingga lima penjenayah, yang menyasarkan kapal besar bagi mencuri alat ganti enjin, bekalan kapal dan besi buruk. BH



Serangan lanun, rompakan bersenjata meningkat di Selat Singapura


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tukang Rumah Solat Tengah Panas, Pasangan Bukan Islam Terus Belikan Kanopi



Resepi Durian Yang Wajib Cuba

Parcel Apa Yang Bergetar Tu? (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker