Doakan kesembuhan Khalid Ibrahim – Faekah



Doakan kesembuhan Khalid Ibrahim – Faekah

“Ku paparkan di sini sedikit luahan serta doa agar teman sekalian dapat turut merasa dan mendoakan serta mengaminkannya.”
Demikian luahan bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin dalam berkongsikan situasi semasa kesihatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerusi Facebook rasminya pada Khamis.

Kongsi Faekah, dia sempat menziarahi bekas Menteri Besar Selangor itu di rumahnya pada Rabu dan menyatakan perasaan sebak melihat keadaan Abdul Khalid.

“Semalam (Rabu) sempat ziarah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Masuk sahaja ke bilik, nampak Puan Sri Salbiah (Isteri Abdul Khalid) sedang duduk setia di sisi sambil memerhati beberapa jururawat yang sedang menyediakan alatan untuk memberi rawatan kepada Tan Sri.

“Dengan tidak semena-mena dadaku terasa berat, sebak dan pilu, apatah lagi kedengaran sayup bacaan al-Quran yang dipasang di bilik tersebut.




“Bertambah sedih kerana tiada peluang dan kesempatan untukku berbual bertanya khabar pada Tan Sri kerana jururawat sudah mahu memulakan rawatan,” katanya.

Faekah bagaimanapun turut mendoakan agar segala urusan rawatan Abdul Khalid dipermudahkan dan kembali sihat.

“Ya ALLAH, permudahkan segala urusan rawatannya. Kembalikannya kepada kami untuk kami sama-sama beribadah, bersujud dan beristighfar kepadaMu. Berilah yang terbaik untuknya di dunia dan di akhirat.

“Jika ada kebaikan yang ku lakukan dan dengan keizinanMu, ku hadiahkan kebaikannya kepada insan mulia ini. Insan yang kami semua rindui keceriaannya dan setiap butir buah fikirannya,” luahnya.

Sebelum ini, Abdul Khalid pernah dimasukkan ke hospital swasta akibat jangkitan paru-paru.




Beliau pernah menyandang jawatan Menteri Besar Selangor selama enam tahun bermula 13 Mac 2008 hingga 22 September 2014.

Namun, beliau dipecat sebagai Menteri Besar Selangor oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum jawatan itu digantikan bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. – Sinar

Doakan kesembuhan Khalid Ibrahim – Faekah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET





Tukang Rumah Solat Tengah Panas, Pasangan Bukan Islam Terus Belikan Kanopi

Resepi Durian Yang Wajib Cuba

Parcel Apa Yang Bergetar Tu? (Video)



Leave a Reply

Your email address will not be published.