Tentera Myanmar tanam periuk api di gereja

Tentera Myanmar tanam periuk api di gereja

YANGON – Tentera junta Myanmar melakukan jenayah perang dengan menanam periuk api pada ‘skala besar’ di sekitar kampung-kampung di mana mereka berperang menentang pejuang anti rampasan kuasa, kata kumpulan hak asasi antarabangsa, Amnesty International (AI) semalam.

Pertempuran sengit merebak ke kawasan yang luas selepas rampasan kuasa tentera tahun lalu mencetuskan penentangan baharu oleh kumpulan-kumpulan pemberontak etnik dan penubuhan berpuluh-puluh ‘Tentera Pertahanan Rakyat’ untuk memerangi junta.



Semasa lawatan ke negeri Kayah dekat sempadan Thailand, pasukan penyelidik AI menemu bual mangsa periuk api yang terselamat, pekerja perubatan dan individu lain yang terlibat dalam operasi pembersihan periuk api.

Kata AI, pihaknya mempu­nyai maklumat sahih bahawa tentera junta menanam periuk api di sekurang-kurangnya 20 buah kampung termasuk laluan ke sawah padi yang menyebabkan penduduk awam terbunuh serta cedera.

AI juga merekodkan beberapa insiden di mana tentera Myanmar yang dikenali sebagai Tatmadaw, menanam periuk api di gereja dan kawasan sekitarnya.

“Askar-askar Myanmar mena­nam periuk api sewenang-wenang­nya di halaman kediaman penduduk dan di luar tandas,” kata AI.



Kumpulan-kumpulan anti jun­ta cuba membersihkan periuk api di beberapa kawasan tetapi tugas itu dilakukan tanpa peralatan sepatutnya dan latihan profesional.

“Kami tahu berdasarkan pe­ngalaman pahit kami bahawa ang­ka korban dan kecederaan orang awam akan meningkat dari masa ke masa, manakala bahaya periuk api menghalang penduduk kembali ke kediaman dan tanah pertanian mereka,” kata penasihat kanan krisis AI, Rawya Rageh.

Myanmar tidak menandatangani konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) yang melarang penggunaan, pembuatan dan penyimpanan periuk api.

Tatmadaw pula berulang kali dituduh melakukan kekejaman dan jenayah perang sepanjang konflik dalaman Myanmar yang berlarutan selama berdekad-dekad.



Kekejaman tentera terhadap etnik minoriti Islam Myanmar dalam tahun 2017 menyebabkan sekitar 750,000 orang melarikan diri ke Bangladesh. K Online

Tentera Myanmar tanam periuk api di gereja


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Tukang Rumah Solat Tengah Panas, Pasangan Bukan Islam Terus Belikan Kanopi

Resepi Durian Yang Wajib Cuba



Parcel Apa Yang Bergetar Tu? (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker