Hati-hati Hamzah nak scam – Fahmi

Hati-hati Hamzah nak scam – Fahmi

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil hari ini memberi amaran tentang langkah diambil ketua pembangkang Hamzah Zainudin yang didakwanya cuba melakukan “penipuan” (scam) kepada orang awam.

Kenyataan itu dibuat susulan ucapan ahli parlimen Larut itu semalam yang mengaitkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dengan aktiviti homoseks yang laporan suatu media asing.



Dalam ucapannya Hamzah memetik laporan berita Itali yang dikenali sebagai Agenzia Nova.

Kata Fahmi dia menyangka Hamzah mengaitkan Anwar dengan tuduhan tersebut dengan memetik laporan agensi berita yang dikenali seperti BBC atau New York Times.

“Agenzia Nova (dari Itali) yang Hamzah petik ni website (laman sesawang) apa? Ada kredibiliti ke?” ciapnya di Twitter malam tadi.

Ahli parlimen Lembah Pantai itu juga menyertakan laporan Reuters Institute for The Study of Journalism yang menyenaraikan laman sesawang berita yang paling banyak dibaca rakyat Itali.



“Guess what (Percaya tak)? Agenzia Nova langsung tak ada dalam senarai ini!” tambah Fahmi.

Dalam ciapan berasingan, Fahmi turut melampirkan tangkap layar perbualan dia bersama seseorang yang tidak didedahkan identitinya melalui aplikasi WhatsApp.

Orang yang tidak dinamakan itu mendakwa mereka sendiri tidak pernah mendengar tentang portal berkenaan walaupun sudah berada di Itali selama 33 tahun.

“Hati-hati Hamzah nak scam (menipu). Rupa-rupanya orang Itali pun tak pernah dengar nama Agenzia Nova ni!” katanya.



Semalam, Hamzah mendesak Anwar agar menyaman agensi berita berkenaan kerana mengaitkan ahli parlimen Tambun berkenaan dengan amalan homoseksual. Mk

Hati-hati Hamzah nak scam – Fahmi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




All Together Now Malaysia: Datuk Syafinaz, Catriona Ross sekolahkan peserta ‘kurang adab’

Penyokong wanita tidak pakai baju rai kemenangan Argentina di stadium



Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker