Budak perempuan nyaris botak rambut ditarik monyet di zoo

Disebabkan berasa terganggu dengan tindakan tersebut, haiwan itu menyambar rambut kanak-kanak berkenaan sebanyak dua kali. – TikTok

BANDAR RAYA MEXICO – Seorang budak perempuan di Mexico berdepan detik cemas apabila rambutnya ditarik seekor monyet yang berada di dalam kandang sebuah zoo akibat diganggu, lapor akhbar The Sun semalam.

Berdasarkan video yang tular di laman TikTok, kanak-kanak dikatakan berusia dalam lingkungan 12 tahun itu pada awalnya,  dilihat mengganggu monyet tersebut dengan mengetuk kandangnya sambil memegang telefon bimbit.

Disebabkan berasa terganggu dengan tindakan tersebut, haiwan itu menyambar rambut kanak-kanak berkenaan sebanyak dua kali.

Dia bagaimanapun bernasib baik kerana dapat melepaskan diri.



Netizen yang menonton video tersebut mendakwa bahawa haiwan itu kelihatan seperti monyet labah-labah yang berasal dari Mexico dan Brazil.

Pakar-pakar kebajikan haiwan menasihati orang ramai agar tidak mengganggu binatang yang dikurung, tidak kira sama ada ia kelihatan seperti kejadian lucu.

Ini kerana haiwan yang dikurung kebiasaannya amat tertekan kerana berada di habitat  berbeza daripada keadaan semula jadinya. – Agensi

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tukang Rumah Solat Tengah Panas, Pasangan Bukan Islam Terus Belikan Kanopi



Resepi Durian Yang Wajib Cuba

Parcel Apa Yang Bergetar Tu? (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker