Nurul Izzah dilantik naib presiden, Saifuddin kekal setiausaha agung PKR



Nurul Izzah dilantik naib presiden, Saifuddin kekal setiausaha agung PKR

PKR mengumumkan perlantikan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar sebagai naib presiden.

Sementara itu Saifuddin Nasution Ismail yang tewas dalam pemilihan PKR bagi jawatan timbalan presiden kembali dilantik sebagai setiausaha agung parti itu.

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR di ibu pejabat parti itu malam tadi.

Selain Izzah PKR melantik dua lagi bagi jawatan naib presiden lantikan iaitu Saraswathy Kandasamy dan Awang Husaini Sahari dari Sabah.




Bagi jawatan bendahari, PKR melantik Ahli Parlimen Selayang, William Leong sementara Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil sebagai ketua penerangan, manakala Zahir Hassan dipilih mengisi jawatan ketua setiausaha pengelola.

PKR turut melantik lima MPP lantikan iaitu, G Manivanan, Rodziah Ismail, N Uvaneswaran selain Cristina Liew dan Abun Sui Anyit yang masing-masing dari Sabah dan Sarawak.

Pengumuman barisan kepimpinan penuh PKR termasuk jawatan lantikan yang terdiri daripada wakil masyarakat India dan pemimpin dari Sabah dan Sarawak dilihat bertujuan memastikan komposisi kaum yang seimbang.

Ia selepas ketiadaan wakil berbangsa India, serta pemimpin Sabah dan Sarawak mengisi 20 kerusi MPP bagi penggal 2022-2025 dalam pemilihan parti itu minggu lalu.

Nurul Izzah pada 2018 mengumumkan peletakan jawatannya sebagai naib presiden.




Susulan peletakkan jawatan itu, Presiden PKR Anwar Ibrahim memaklumkan keputusan diambil Izzah itu kerana muak dan letih dengan perangai individu yang sibuk dengan politik kepartian.

Menerusi sidang medianya selepas mempengerusi mesyuarat MPP, Anwar turut mengumumkan pelantikan Timbalan Presiden Rafizi Ramli, bagi mengetuai “pasukan perang” pilihan raya PKR bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15). FMT

Nurul Izzah dilantik naib presiden, Saifuddin kekal setiausaha agung PKR


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET





Tukang Rumah Solat Tengah Panas, Pasangan Bukan Islam Terus Belikan Kanopi

Resepi Durian Yang Wajib Cuba

Parcel Apa Yang Bergetar Tu? (Video)



Leave a Reply

Your email address will not be published.