Nurul Izzah kembali sebagai naib presiden PKR – sumber

Nurul Izzah kembali sebagai naib presiden PKR – sumber

Selepas meletakkan jawatan sebagai naib presiden PKR pada penghujung 2018, Nurul Izzah Anwar dikatakan akan kembali memegang jawatan itu.

Menurut sumber dalam parti yang dekat dengan Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli, Nurul yang juga ahli parlimen Permatang Pauh dikatakan bersetuju untuk dilantik semula ke jawatan itu.

“Semalam, presiden parti (Anwar Ibrahim) mengadakan mesyuarat dengan Rafizi dan seorang lagi individu yang merupakan penasihat Anwar.

“Hasil mesyuarat, semua pihak setuju melantik Nurul sebagai naib presiden,” kata sumber itu kepada Malaysiakini.

Untuk rekod, pada 17 Dis 2018, Nurul membuat kejutan apabila mengumumkan peletakan jawatannya sebagai naib presiden PKR.

Dia juga melepaskan jawatan sebagai pengerusi PKR Pulau Pinang.

Malaysiakini sedang cuba menghubungi Nurul untuk mendapatkan komen.

Sementara itu, sumber itu berkata bahawa buat masa ini pucuk pimpinan parti bersetuju melantik Ahli Parlimen Selayang William Leong sebagai bendahari.

Lantikan itu dijangka dibawa untuk kelulusan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR yang dijadual bermesyuarat malam ini dan diumumkan selepas itu.

Setakat ini Malaysiakini difahamkan tiada bantahan terhadap cadangan pelantikan jawatan-jawatan di atas.

Manakala, Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil dilantik sebagai ketua penerangan.

“Setahu saya, tiga jawatan ini dimuktamadkan. Bagi jawatan yang lain presiden akan mengadakan perbincangan dengan Rafizi hari ini sebelum mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) malam ini,” katanya.

Dalam pada itu, satu lagi sumber memberitahu bahawa PKR masih tidak mengambil keputusan mengenai jawatan setiausaha agung.

“Selain Saifuddin (Nasution Ismail), bekas pengerusi Wilayah Persekutuan Zahir Hassan disebut-sebut sebagai setiausaha agung.

“Zahir adalah pilihan Rafizi. Namun, kebanyakan pemimpin parti masih nak Saifuddin dikekalkan.

“Apapun, keputusan muktamad akan dibuat malam ini,” katanya.

Kongres tahunan PKR di Shah Alam baru-baru ini, gambar hiasan
Ketika dihubungi, Saifuddin berkata dia tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai jawatan setiausaha agung.

“Tiada apa-apa info diterima. Saya sekarang berada di Pulau Pinang bermesyuarat bersama ketua menteri.

“Saya kini fokus sebagai Adun Pulau Jerejak dan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu,” katanya. Mk

Nurul Izzah kembali sebagai naib presiden PKR – sumber


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tukang Rumah Solat Tengah Panas, Pasangan Bukan Islam Terus Belikan Kanopi

Resepi Durian Yang Wajib Cuba

Parcel Apa Yang Bergetar Tu? (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker