Rafizi, Anwar dalam PKR tidak sehala?

BANYAKLAH orang berkata bahawa gandingan Tuk Seri Anwar dan Rafizi Ramli amat cocok. Kata orang putih dream team.

Kemenangan Rafizi khabarnya bawa harapan baharu kepada PKR. Ahli-ahli PKR mahukan perubahan besar di bawah khemah.

Belum pun habis keraian, Rafizi dah buat hal. Dalam satu wawancara beliau kata Anwar kena terima hakikat bahawa popularitinya khususnya dalam kalangan orang muda, menurun.

Rafizi juga kata semua ahli dan pimpinan PKR jangan terlalu ‘membodek’ Anwar. Terkedu juga Presiden PKR dibuatnya. Nampak sangat beliau tak senang dengan kenyataan itu.

Kata beliau, itulah Razifi. Bukan Rafizi namanya jikalau dia tidak ‘menyingggung’ orang lain. Bagaimanapun kata Anwar, beliau tidak melihat itu sebagai ‘satu masalah besar’.

Tapi Anwar juga kata pemimpin ‘harus dewasa’. Anwar juga mahu tumpuan diberikan untuk menyerang musuh. Masalah dalaman harus diselesaikan.

Awang memang rasa ada ketegangan akibat kenyataan Rafizi. Rafizi juga berkata itu stail dia. Dia memang berterus terang tapi dia ‘bukan Azmin’.

Bagi Awang, memang ada benarnya pandangan Rafizi. Mungkin tak sesuai dibuat secara terbuka begitu. Orang mahu lihat perpaduan dalam PKR, bukan keretakan.

Banyak juga ahli PKR yang marahkan Rafizi. Rafizi pun bukan main kuatnya. Khabarnya pasukan beliau memenangi 12 daripada 20 kerusi Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

Orang menang bolehlah cakap besar sedikit. Isu kedaulatan negara tidak penting? Rafizi dan Anwar sehalakah?

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tukang Rumah Solat Tengah Panas, Pasangan Bukan Islam Terus Belikan Kanopi

Resepi Durian Yang Wajib Cuba

Parcel Apa Yang Bergetar Tu? (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker