KDN bakul sampahkan arahan PM – Razlan

KDN bakul sampahkan arahan PM – Razlan

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Razlan Rafii menyatakan rasa kesal dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang menurutnya sengaja melengah-lengahkan keputusan pindaan perlembagaan parti itu.

Tegas Razlan, walaupun Perdana Menteri ISmail Sabri Yaakon telah memberikan tarikh tamat kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) 16 Julai lalu, sehingga kini tiada keputusan dibuat KDN berhubung permohonan itu.

“Hari ini, walaupun perdana menteri telah memberikan tarikh tamat kepada ROS iaitu 16 Julai, nampaknya ia bukan satu yang perlu diambil peduli oleh KDN.

“Menteri KDN gagal untuk melaksanakan tugasan ini, KPI yang sudah ada tidak dipedulikan, arahan perdana menteri kepada menteri KDN untuk mengeluarkan keputusan pada 16 Julai dibakulsampahkan,” kata Razlan.

Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan semalam mengesahkan Umno telah menyerahkan kesemua dokumen tambahan yang diminta oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) bagi permohonan pindaan perlembagaan parti itu.

“Sudah,” katanya secara ringkas kepada Malaysiakini apabila ditanya mengenai status permintaan penambahan dokumen oleh ROS.

Terdahulu hari ini, Ahmad berkata Umno memberi ROS sehingga dua minggu lagi untuk meneliti lapan dokumen tambahan yang diminta sebelum memberikan maklum balas.

Umno sebelum ini membuat permohonan pindaan perlembagaan partinya bagi menangguhkan pemilihan parti sehingga enam bulan selepas PRU15.

Notis pindaan perlembagaan itu dikemukakan kepada ROS pada 17 Mei lepas.

Pada 7 Julai lepas, ROS berkata keputusan berhubung permohonan pindaan Perlembagaan Umno akan diketahui 16 Julai.

Mengulas lanjut, Razlan berkata terdapat banyak kes berkenaan dengan permohonan pendaftaran parti politik terpaksa mencari jalan penyelesaian menggunakan mahkamah.

Namun, kata Razlan, ia berbeza sebelum KDN di bawah pentadbiran menterinya, Hamzah Zainuddin.

“Banyak parti-parti yang berurusan dengan ROS sebelum ini tiada halangan untuk mendapatkan kelulusan malah ada banyak parti yang tumbuh bagai cendawan tiada masalah.

“(Namun) Pejuang, Muda terpaksa menggunakan mahkamah untuk membuat keputusan untuk pihak KDN.

“SOP yang sudah tersedia, tatacara kerja yang sekian lama berada di ROS sepatutnya tiada masalah, sudah pasti ada udang di sebalik batu berkenaan tindakan kelewatan ini,” katanya.

Tambah Razlan, Umno bercelaru tahun lepas hanya disebabkan ROS mengeluarkan dua keputusan yang berbeza.

“Adakah ia ada niat lain? Perlukah sebuah parti politik sebesar Umno ini harus bergantung dengan keadaan KDN yang jelas mahu bermain politik?” soalnya. Mk

KDN bakul sampahkan arahan PM – Razlan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tukang Rumah Solat Tengah Panas, Pasangan Bukan Islam Terus Belikan Kanopi

Resepi Durian Yang Wajib Cuba

Parcel Apa Yang Bergetar Tu? (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker