Alicia Amin tembusi ABPBH 35 buat julung kali

Alicia Amin tembusi ABPBH 35 buat julung kali

Pelakon Alicia Amin tidak dapat menyembunyikan rasa teruja saat mengetahui namanya berjaya membolosi pencalonan awal Anugerah Bintang Popular BH Ke-35 (ABPBH 35), tahun ini.

Buat julung kali tercalon dalam ABPBH, Alicia atau nama sebenarnya, Raja Alicia Raja Amin, 28, berkata ia adalah satu lembaran baharu buatnya sejak mula mengorak langkah dalam karier seni pada 2017.



“Ini adalah kali pertama saya tercalon dalam ABPBH. Sejujurnya, sangat terkejut. Apabila saya dimaklumkan tercalon dalam dua kategori pula lagilah saya tidak sangka.

“Ini satu penghormatan juga buat saya apabila lakonan diterima. Pencalonan dalam ABPBH ini memang buat saya berasa gembira,” katanya ditemui pada majlis pelancaran ABPBH 35 di Stesen Kereta Api Kuala Lumpur, di sini, malam ini.

Terdahulu, pelakon berdarah kacukan Melayu, Jerman dan Cina itu tersenarai sebagai 20 calon yang memberi saingan dalam kategori Aktres Filem Wanita Popular dan Couple Filem Popular menerusi filem The Disappearance Of Irdina Adhwa hasil gandingan bersama Syazuwan Hassan.

Dalam masa sama, Alicia menganggap saingan yang bakal dihadapi pada ABPBH 35 sangat sengit disebabkan calon lain mempunyai nama besar dalam bidang lakonan.



“Pada akhirnya, ia bergantung kepada rezeki saya sama ada menang atau tidak. Ini adalah pertandingan dan saya harap yang terbaik.

“Sesiapa yang tonton lakonan saya sebelum ini, saya sangat hargainya. Ini adalah pencapaian baharu saya dalam bidang lakonan,” katanya.

Bertemakan Ekspresi Legasi Seni, ABPBH 35 yang dilancarkan di Stesen Kereta Api Kuala Lumpur, iaitu stesen kereta api ikonik milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Jalan Sultan Hishamuddin di sini, mengumumkan Fellera, iaitu pengeluar produk kesihatan wanita terkemuka Jelly Ajaib Bellrossa, sebagai penaja utama.

Majlis pelancaran bertemakan ‘hipster’ dihadiri Pengarang Urusan Kumpulan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) merangkap Pengarang Kumpulan BH dan Penaung ABPBH 35, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman dan Pengasas Fellera, Sharifah Khyra Muhsin.



Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Media Prima Audio (MPA), Nazri Noran; serta Pengurus Besar Kanan, Pengurusan Program dan Penyiaran TV3, Siti Nurlisia Mohd Naszri.

Hadir sama, CEO Kumpulan KTMB, Datuk Mohd Rani Hisham Samsudin; Timbalan Pengarang Kumpulan BH, M Thillinadan dan Pengarah ABPBH 35 merangkap Pengarang Berita Hiburan BH, Shamshul Azree Samshir. BH

Alicia Amin tembusi ABPBH 35 buat julung kali

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pernah nampak arwah berjasa – Rita Rudaini

Diana beri bayangan hubungan dengan Farid



Ustaz Don Suruh Dengar Lagu Coldplay ‘Fix You’ (Video)

Mawi muntah darah, mati sekejap



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker