Azeez dakwa tanaman Musang King puncanya, Sanusi nafikan

Azeez dakwa tanaman Musang King puncanya, Sanusi nafikan

BALING: Ahli Parlimen Baling Abdul Azeez Abdul Rahim berharap projek tanaman durian Musang King, di Gunung Inas dihentikan, selepas ia didakwa sebagai antara punca kejadian banjir dan fenomena kepala air yang berlaku di beberapa buah kampung di daerah ini, petang semalam.

Beliau berkata, sebelum ini pihaknya yang mewakili penduduk di kawasan sekitar telah menghantar memorandum bantahan projek itu kepada Menteri Besar Sanusi Md Nor.

“Saya mewakili penduduk sudah membawa memorandum bantahan yang ditandatangani oleh 900 penduduk sekitar berserta dengan nombor kad pengenalan mereka, penduduk pun sudah banyak kali melakukan demonstrasi berhubung isu ini.

“Projek ini diluluskan oleh kerajaan negeri sebelum ini, isu ini bukan sebulan dua tapi sudah bertahun-tahun,” katanya kepada pemberita selepas meninjau lokasi kejadian di Kampung Iboi.

Beliau turut melahirkan rasa sedih dengan bencana itu yang mengorbankan tiga beranak berusia antara 14 hingga 53 tahun termasuk seorang wanita hamil empat bulan.

“Saya sudah cakap dalam Parlimen enam bulan lalu, kita di Baling perlukan RM300 juta untuk menyelesaikan isu banjir di Baling, sudah berulang kali saya merayu termasuk kepada Kementerian Alam Sekitar dan Air, akhirnya hari ini berlaku juga kejadian tidak diingini,” katanya.

Sementara itu, Sanusi dalam sidang medianya, berkata dakwaan bahawa projek tanaman durian Musang King di Gunung Inas sebagai punca kejadian itu belum disahkan.

Katanya, dakwaan itu perlu disahkan dengan maklumat lengkap sebelum sebarang tuduhan dilemparkan kepada pihak yang terbabit. FMT

Azeez dakwa tanaman Musang King puncanya, Sanusi nafikan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Aksi pelanggan restoran ‘peluk’ pekerja wanita disiasat

MB Perlis pengesahan lafaz cerai pada isteri 25 ogos

Berang dihon, pemandu potong barisan mengamuk, tunjuk isyarat lucah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker