‘Terpulang Kepada Zamani, Memang Duit Dia’ – Aznil Nawawi Hati Terjentik Tonton Video mStar [VIDEO]

‘Terpulang Kepada Zamani, Memang Duit Dia’ – Aznil Nawawi Hati Terjentik Tonton Video mStar [VIDEO]

PERNAH bertemu dan menjadi tetamu dalam sebuah program kira-kira enam bulan lalu, pengacara Datuk Aznil Nawawi terkejut melihat perubahan terkini penyanyi Zamani yang kelihatan sangat berbeza.

Perubahan fizikal itu akhirnya terjawab selepas Aznil menonton video temu bual Zamani bersama mStar baru-baru ini yang mendedahkan mengenai penyakit tulang belakang atau skoliosis yang dihidapi olehnya.

Mengambil inisiatif untuk membantu, Aznil atau lebih mesra disapa Pak Nil membuka satu tabung khas bagi mengumpul dana untuk rawatan Zamani.



“Saya pernah jumpa Zamani masa dia datang ke program saya… apabila melihat tayangan semula program itu, nampak banyak sangat perubahan Zamani.

“Jauh beza perubahan bentuk badannya. Saya tak nak la tanya lebih, tapi ada baca laporan mengenai sakit dia dan baru-baru ini ada tonton temu bual Zamani dengan wartawan mStar

“Dia tak nak meminta-minta atau orang kumpul dana. Tapi takkan saya nak berdiam diri tanpa buat apa-apa. Jadi saya bantu dia dengan buka akaun bank untuk kumpul dana.



“Saya tak beritahu Zamani sebab bimbang dia akan menolak. Bila saya dah berjaya kumpul RM60,000 dalam masa 24 jam, barulah saya beritahu dia,” katanya kepada mStar.

Terdahulu, Aznil bersyukur apabila niat untuk membantu membiayai kos pembedahan tulang belakang penyanyi Zamani Slam yang menderita penyakit tulang belakang atau skoliosis mendapat sambutan peminat.

Malah, pengacara terkenal itu turut memuat naik rakaman perbualannya dengan penyanyi lagu Gerimis Mengundang itu sebagai bukti di laman Instagram

Dalam pada itu, Aznil memberitahu dia memaklumkan perkara itu kepada pengurus Zamani kemudian penyanyi itu sendiri terus menghubunginya.



“Saya ada hubungi pengurus Zamani untuk memaklumkan mengenai tabung itu. Selepas itu, Zamani pun hubungi saya dan mengucapkan terima kasih.

“Zamani kata dia pun tak tahu berapa lagi keseluruhan kos rawatan dan pembedahan yang perlu dilakukan. Mula-mula dia minta saya pegang dulu duit itu. Jadinya, saya pegang amanah dia,” ujarnya.

Apa yang mengejutkan lagi, Pak Nil memaklumkan dana itu bertambah sebanyak RM40,000 menjadikan jumlah terkumpul RM100 000 pada pagi Jumaat

“Lepas itu, nak jadikan cerita ikutkan pada tengah malam semalam saya sudah beritahu di laman sosial yang tabung dana itu dah ditutup



“Tapi mengejutkan bila saya bangun subuh pagi tadi, ada lagi orang derma dan jumlah tambahan ada RM40,000. Jadi keseluruhan terkumpul dalam RM100,000.

“Saya ada mesej Zamani untuk maklumkan mengenai tambahan duit sumbangan itu. Tapi masih belum ada respon… mungkin saya akan jumpa dia untuk bincangkan macam mana,” katanya.

Sementara itu, Aznil memberitahu dia tidak mahu Zamani berasa tertekan untuk melakukan pembedahan disebabkan sudah mempunyai dana daripada sumbangan orang ramai termasuk rakan selebriti seperti penerbit Datuk A. Aida.



“Saya tak nak Zamani berasa tertekan dengan duit tabung yang dikumpul itu. Tidak bermaksud jika duit dah ada Zamani kena juga buat pembedahan.

“Terpulang kepada Zamani, sama ada gunakan duit itu untuk kos rawatan atau pembedahan. Sebab kita pun tak tahu keadaan sebenar Zamani macam mana.

“Tapi sekurang-kurangnya kalau Zamani perlu duit pembedahan dengan cepat, dia sudah ada. Selain itu, boleh juga digunakan untuk kelangsungan hidupnya,” kata Aznil.

Menurut Aznil, dia sama sekali tidak akan memaksa atau memberi sebarang tekanan kepada Zamani yang juga penyanyi kumpulan Slam dalam soal pengurusan wang itu.



“Dengan wang sebanyak ini saya rasa dia boleh pergi berjumpa pakar dah. Saya pun ada beritahu dia kalau tak sanggup untuk buat pembedahan anggaplah duit ini rezeki awak untuk kelangsungan hidup.

“Tapi kalau nak buat pembedahan pun boleh sebab duit dah ada. Jadi saya serahkan bulat-bulat kepada Zamani dan tak ada paksaan apa-apa. Kalau nak buat pembedahan atau tidak itu terpulang kepada dia tapi duit ini memang untuk dia,” katanya.

Ditanya bilakah wang itu akan diserahkan kepada Zamani, Aznil berkata, dia masih menunggu respon daripada penyanyi itu dan akan mengaturkan pertemuan dalam masa terdekat bagi membincangkan beberapa perkara lain juga.

“Saya tengah tunggu maklumbalas daripada Zamani. Kalau minggu ini saya agak sibuk jadi kalau nak jumpa mungkin minggu depan untuk saya serahkan duit itu kepada dia.

“Kalau ikutkan sekarang ini boleh buat pemindahan dalam talian saja. Tapi mungkin saya akan jumpa dia juga untuk berbincang beberapa perkara lagi,” katanya.

Sekadar info, Aznil juga pernah membuka tabung dana untuk mangsa banjir di Bukit Changgang dan keluarga terkesan akibat pandemik Covid-19 serta anak-anak tahfiz. mSTAR /HM

‘Terpulang Kepada Zamani, Memang Duit Dia’ – Aznil Nawawi Hati Terjentik Tonton Video mStar [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sultan Johor bidas pemimpin DAP hasut rakyat berdemo

Stress Tengok Cara Peniaga Di Thailand Kupas Durian (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker