Kapal Pemusnah Tentera Laut Amerika Syarikat Karam ‘Paling Dalam’ Ditemui Di Filipina [VIDEO]



Kapal Pemusnah Tentera Laut Amerika Syarikat Karam ‘Paling Dalam’ Ditemui Di Filipina [VIDEO]

MANILA: Sebuah kapal pemusnah tentera laut Amerika Syarikat (AS) yang karam semasa Perang Dunia II ditemui hampir 7,000 meter di bawah paras laut di Filipina, sekaligus menjadikannya kapal karam paling dalam di dunia pernah ditemui.

Kapal itu dipercayai USS Samuel B Roberts, karam semasa pertempuran di pulau tengah Samar pada 25 Oktober 1944 ketika tentera AS berjuang untuk membebaskan Filipina dari Jepun.

Menurut pasukan penerokaan Amerika, Caladan Oceanic, kapal selam dengan kru merakam, mengambil gambar dan meninjau badan kapal ‘Sammy B’ yang rosak itu.

Imej menunjukkan pelancar torpedo tiga tiub kapal dan pelekap senapang.




Pengasas Caladan Oceanic, Victor Vescovo, yang memandu kapal selam itu dalam ciapannya di Twitter berkata, karam pada 6,895 meter, ia kini menjadi kapal karam paling dalam pernah ditemui dan ditinjau.

“Kapal kecil ini melakukan yang terbaik melawan tentera laut Jepun, hingga ke akhirnya,” katanya.

Menurut rekod Tentera Laut AS, anak kapal Sammy B terapung selama hampir tiga hari menunggu diselamatkan, namun terkorban akibat kecederaan dan serangan jerung.

Daripada 224 anak kapal, 89 meninggal dunia.

Dalam carian terkini, pasukan itu turut mencari USS Gambier Bay pada kedalaman lebih 7,000 meter di bawah dasar laut, tetapi tidak dapat mengesannya.




Ia tidak mencari USS Hoel kerana kekurangan data yang boleh dipercayai yang menunjukkan di mana ia mungkin telah karam. – AFP

VIDEO DIBAWAH:-

Kapal Pemusnah Tentera Laut Amerika Syarikat Karam ‘Paling Dalam’ Ditemui Di Filipina [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929




CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sultan Johor bidas pemimpin DAP hasut rakyat berdemo

Stress Tengok Cara Peniaga Di Thailand Kupas Durian (Video)



Leave a Reply

Your email address will not be published.