Kluster Influenza-Like-Illness kini merebak di SBP Ipoh



KUALA KANGSAR: Satu kluster Influenza-Like-Illness (ILI) melibatkan sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) di Ipoh, dikesan pada Selasa lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Sains dan Teknologi Hijau negeri Mohd Akmal Kamarudin berkata, kluster tersebut dikesan apabila Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kinta menerima makluman daripada pihak warden asrama bahawa beberapa orang pelajar mengalami gejala batuk.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati 25 daripada 220 orang pelajar yang terdedah mengalami gejala batuk, 11 orang sakit tekak, tujuh orang selesema dan empat orang sakit kepala.

“Mereka telah menerima rawatan di Klinik Komuniti Ampang, Ipoh. Tiada pelajar yang dimasukkan ke hospital.

“Ujian pengesanan Rapid Test Kit (RTK) antigen COVID-19 bagi 25 orang pelajar bergejala pada 19 Jun adalah negatif.




“Manakala, tiga daripada lima sampel swab nasopharyngeal didapati positif Influenza A H3 pada 21 Jun lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Tanpa Tembakau 2022 Peringkat Negeri Perak di Dewan Jubli Perak, di sini pada Sabtu.

Ujar Akmal lagi, pelajar bergejala telah ditempatkan secara berasingan di bilik isolasi asrama sekolah dan dipantau dalam tempoh 10 hari.

Manakala saringan harian pelajar bergejala dilakukan oleh pihak sekolah dan dirujuk untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan lanjut serta rawatan di klinik.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392




Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:




Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sultan Johor bidas pemimpin DAP hasut rakyat berdemo

Stress Tengok Cara Peniaga Di Thailand Kupas Durian (Video)

Hadi buat pusingan U, mahu PRU-15 dijalankan segera

 



Leave a Reply

Your email address will not be published.