Wanita Ini Lumpuh Akibat Nafas Terhenti Dua Minit Selepas Bersalin
Wanita Ini Lumpuh Akibat Nafas Terhenti Dua Minit Selepas Bersalin
Selama: Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Demikian nasib yang menimpa Abdullah Abd Wahab, 41, dari Kampung Medan, di sini, apabila isterinya, Siti Fasha Said, 36, yang baru melahirkan anak keempat pada Mac lalu, lumpuh dan terpaksa bergantung pada mesin oksigen.
Lebih malang bagi keluarga ini apabila anak sulung, Nur Farisha Natasha, 15, terpaksa berhenti sekolah berikutan terpaksa menjaga adiknya, Nur Faradina Natasha yang kini berusia tiga bulan.
Menurut Abdullah, mereka sebelum ini tinggal di Kepala Batas namun terpaksa berpindah ke kampung berikutan keadaan isterinya yang perlu dijaga rapi.
“Sebelum ini saya berkerja sebagai pendawaian elektrik manakala isteri hanya membuat kuih muih untuk dihantar ke asrama sekolah.
“Selepas dua minit bersalin anak keempat, jantung isteri terhenti dan bergantung pada mesin oksigen sepenuhnya sehingga hari ini.
“Bukan sahaja tidak dapat melihat anak keempat malah anak juga tidak sempat merasa susu ibu dan kini hanya minum susu tepung,” katanya ditemui media selepas menerima kunjungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Muallafah Qulubuhum.
Menurutnya, kini dia hanya berkerja kampung dan mengutip buah sawit relai dengan pendapatan tidak menentu.
“Adakala seminggu dua kali, sekali kutip dapat dalam RM50 ke RM70 dan setakat ini tiada sebarang bantuan diterima berikutan baru tiga bulan kami di sini.
“Kini tugas menjaga isteri semuanya dibuat kami sekeluarga termasuk anak sulung yang terpaksa berhenti sekolah untuk menjaga adik-adiknya,” katanya.
Abdullah berkata isterinya mengalami pendarahan dalam paru-paru dan kepala serta mungkin mengambil masa yang lama untuk sembuh.
“Saya berterima kasih kepada Hospital Seberang Jaya kerana meminjamkan katil dan mesin oksigen sehingga isteri kembali sembuh.
“Isteri kini bergantung pada susu khas, lampin pakai buang serta mesin oksigen bagi meneruskan hayatnya selain perlu menjalani rawatan susulan di Hospital Seberang Jaya,” katanya.
Dalam pada itu Nur Farisha Natasha berkata dia sememangnya mahu meneruskan pembelajaran namun terpaksa berkorban untuk menjaga ibu dan adiknya.
Sementara itu Pengerusi Muallafah Qulubuhum, Syed Ali Syed Muhamad, berkata pihaknya memantau rapat dan menghulurkan bantuan berbentuk kewangan dan barangan keperluan kepada keluarga ini.-HM
Wanita Ini Lumpuh Akibat Nafas Terhenti Dua Minit Selepas Bersalin
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Saksi pendakwaraya beritahu mahkamah ‘Najib tidak ambil wang 1MDB’
- Ini sebab kenapa Tajuddin dipecat sebagai Ahli MKT UMNO
- Selepas rasuah ratusan ribu, Guan Eng terima jam tangan bernilai RM43,000
- Pemecatan Tajuddin dan lantikan Isham, tokoh ‘berotak’ diperlukan dalam parti – Puad
- Mahathir kata kehilangan Batu Puteh adalah kesilapan Kerajaan Johor
- Pendakwaan Terpilih PH dan PN Mula Terbongkar
- Pertemuan Muhyiddin-DAP, menjadi punca kerajaan tidak stabil
- Laporan forensik dedah sumber wang Syed Saddiq
- CCTV pusat beli belah ‘skodeng’ pengguna tandas
- Ustaz Kazim Malu Adibah Noor Rahsiakan Sakit Hingga Akhir Hayat
- Semua didakwa disogok UKSB sedang disiasat SPRM
- Tembak kucing jiran hingga mati, dua beranak ditahan polis
- Siasat SPRM? Perlu juga panggil lantikan PH – Najib
Layari Laman Facebook MYKMU.NET