KPT arah program, aktiviti libat Bruce Gilley dibatalkan

KPT arah program, aktiviti libat Bruce Gilley dibatalkan

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengarahkan sebarang program dan aktiviti yang dijadual dihadiri seorang ahli akademik dari Amerika Syarikat (AS) dibatalkan segera, selepas beliau mendakwa Malaysia mahukan “Holocaust kedua”.

Bruce Gilley, profesor sains politik di Portland State University, menyampaikan ceramah bertajuk “Will Malaysia Become an Active Middle Power” di Universiti Malaya (UM) petang semalam – di mana beliau juga memperkecilkan hubungan Malaysia dengan AS.



Susulan itu, Menteri Zambry Abdul Kadir dalam kenyataan berkata pihaknya sudah meminta UM menyiasat perkara itu dan melaporkan segera butiran lanjut.

Beliau menegaskan walaupun institut pengajian tinggi diberi autonomi untuk memutuskan program intelektual tetapi ia tidak bermakna institusi bebas secara mutlak sehingga tidak mengambil kira sensitiviti masyarakat.

“Suka untuk saya ingatkan kepada setiap agensi dan institusi bawah KPT agar peka, berhati-hati dan membuat semakan latar belakang dengan teliti sebelum menjemput mana-mana individu atau pihak ke program dianjurkan.



“Setiap keputusan yang diambil perlu mengambil kira sensitiviti dan selari dengan polisi serta pendirian kerajaan,” tegasnya.

Gilley dalam catatan di X berkata: “Sebuah negara yang pemimpin politiknya menyokong Holocaust kedua terhadap orang Yahudi tidak akan menjadi pemain yang serius dalam hal ehwal dunia, dan sudah tentu tidak akan menjadi rakan atau rakan kongsi AS,’ daripada ucaptama saya semalam di KL mengenai dasar luar Malaysia.”

“Ini mengingatkan kembali kepada nasihat Mahathir (bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad) supaya belajar daripada Jerman bagaimana cara menghapuskan bangsa Yahudi.”

Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel dan berulang kali mengutuk negara itu atas pelbagai serangannya ke atas Palestin, termasuk perang semasa di Gaza yang menyaksikan lebih 34,000 rakyat Palestin terbunuh dan 77,000 cedera sejak 7 Okt tahun lalu.



Mengulas catatan Gilley, bekas menteri luar Saifuddin Abdullah meminta Kementerian Luar dan UM memberikan butiran lanjut mengenai ceramah itu. FMT

KPT arah program, aktiviti libat Bruce Gilley dibatalkan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Fatia Latiff kena bahan lagi lepas ‘upload’ gambar ini

‘Alamak Raya Lagi’ versi tauke babi panggang raih 1.6 juta tontonan (Video)



Penebar roti canai dicari dengan gaji RM5,000 sebulan

Ruhainies tipu kata nak berundur – Kekasih Aliff Aziz



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker