Saya fikir tak mampu – Faizal Tahir

Saya fikir tak mampu – Faizal Tahir

Penyanyi terkenal tanah air, Faizal Tahir, menzahirkan kesyukuran setelah berjaya menamatkan tunggangan sejauh 140 Kilometer (KM) dalam Kejohanan Kuda Lasak Piala Yang DiPertuan Muda Terengganu.

Perkara tersebut dikongsikan penyanyi lagu Hanyut itu menerusi sebuah hantaran Instagram baru-baru ini.



Menurut Faizal, pada awal dia tidak terfikir akan mampu menamatkan tunggangan tersebut.

“Alhamdulillah. Syukur Ya Allah. Bukan mudah. Pada mulanya, memang tidak terfikir akan mampu. Tapi tiada yang mustahil.

“Dua kuda. 140 KM. 13 jam. Hasil usaha dan sokongan dari rakan-rakan, doa dari keluarga, berbekalkan semangat yang tidak mahu mengalah serta keizinan dan redha Allah,” katanya.

Dalam pada itu, penyanyi tersebut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat untuk
kejohanan tersebut.



“Terima kasih kepada semua sahabat-sahabat, rakan-rakan lama dan baharu, para rider, para pegawai, juri-juri, para doktor, kru.

“Semua kakitangan di Terengganu International Endurance Park (TIEP) dan Royal Terengganu Endurance Stable (RTES) serta setiap orang yang terlibat diatas segala usaha anda dalam menjayakan dan memartabatkan sukan kuda lasak ini.

“Semoga terus diberi kemudahan dan terus maju jaya. Insya-Allah. Kita buat yang terbaik, selebihnya Allah tentukan dan kita pergi lagi! Usaha, doa dan tawakal!” tulisnya panjang.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan artis menzahirkan rasa kagum selain mengucapkan tahniah buat penyanyi lagu Alah Bisa itu.



Sekadar informasi, setelah dua tahun tertangguh, perebutan kejuaraan Piala Yang Dipertuan Muda Terengganu kembali mewarnai kalendar kejohanan kuda lasak di Terengganu.

Kejohanan bertaraf antarabangsa itu berlangsung empat hari di TIEP. Utusan

Saya fikir tak mampu – Faizal Tahir


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sharnaaz peluk erat anaknya selepas 3 hari dalam lokap

“Minta Maaf Syamsul”… Syamsul Berjaya Cari Wartawan mStar, Bersemuka Isu Tajuk Artikel [VIDEO]



Durian J. Sparrow, Jerai dari Kedah setanding musang king



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker