FDAM hargai kunjungan hormat Ismail Sabri

FDAM hargai kunjungan hormat Ismail Sabri

PERSATUAN Pengarah Filem Malaysia (FDAM) menyatakan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri atas keprihatinan dan sokongan beliau terhadap perjuangan persatuan industri kreatif tempatan.

Dalam satu pertemuan ketika Ismail berkunjung ke reruai FDAM di program Minggu TVET Negara 2022 yang berlangsung di Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, semalam, beliau turut memberikan kata-kata semangat kepada FDAM untuk terus memajukan industri perfileman dan kreatif negara.

“Syabas buat FDAM dan semoga maju jaya,” katanya kepada Presiden FDAM, Dr Ahmad Ibrahim pada program tersebut.

Menariknya, Ismail turut memakai sendiri tanjak FDAM di kepalanya yang diberikan Dr Ahmad sebagai cenderahati ketika kunjungan tersebut.

Dr Ahmad berkata, Perdana Menteri berkesempatan beramah mesra dengan Ahli Majlis Kerja (AMK) dan ahli FDAM yang hadir di reruai FDAM yang merupakan satu-satunya persatuan industri kreatif yang mengambil bahagian dalam aktiviti serta reruai program berkenaan.

“Perdana Menteri juga mengucapkan terima kasih kepada FDAM kerana membantu program TVET. Ini menunjukkan sifat prihatin beliau untuk menghargai perjuangan persatuan industri kreatif tempatan,” katanya.

Pada hari kedua program tersebut, FDAM turut mengadakan sesi Sembang Santai bersama tiga presiden persatuan industri kreatif iaitu Presiden Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA), Khalil Salleh bersama Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Zed Zaidi dan juga Dr Ahmad sendiri.

Pembabitan FDAM dalam program Minggu TVET Negara 2022 kali ini juga akan diteruskan dengan program Sembang Santai, FDAM Memacu Kreativiti Tanpa Sempadan bersama tiga ahli panel FDAM iaitu Mohamad Zaini Hassan berbicara mengenai agenda program Amatur FDAM, Letfee Ahmad (Penjenamaan Diri) dan Elrafaei Sapi (Transformasi FDAM Mesra Media) yang berlangsung pada hari ini.

Selain itu, FDAM juga akan menganjurkan sesi uji bakat secara terbuka pada hari Khamis dan Perjanjian Sijil Kerjasama (CoC) Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah bersama FDAM yang dijangka diadakan pada Jumaat ini. Utv

FDAM hargai kunjungan hormat Ismail Sabri


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sharnaaz peluk erat anaknya selepas 3 hari dalam lokap

“Minta Maaf Syamsul”… Syamsul Berjaya Cari Wartawan mStar, Bersemuka Isu Tajuk Artikel [VIDEO]

Durian J. Sparrow, Jerai dari Kedah setanding musang king

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker