UMNO Serah Kepada RoS Isu Keabsahan PAU 2022- Zahid

UMNO Serah Kepada RoS Isu Keabsahan PAU 2022- Zahid

UMNO menyerahkan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) untuk menjelaskan mengenai keabsahan keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 berkaitan jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata parti itu yakin ia telah mematuhi segala peraturan mesyuarat dan perlembagaannya.



Beliau menegaskan, parti itu sentiasa bersikap terbuka jika ada ahli yang ingin mengemukakan sebarang laporan atau aduan kepada RoS.

“Jika ada laporan atau sebarang aduan yang dibuat pada RoS, UMNO sangat terbuka untuk mereka mengemukakannya.

“Tentunya sebarang analisis dan spekulasi yang datang dari mereka yang tidak berpuas hati, biarlah RoS yang akan memuaskan hati mereka… agar yang penting perpaduan di dalam kepimpinan UMNO akan dapat dipertahankan,” katanya.

Menurutnya, UMNO juga telah mengemukakan kepada RoS mengenai keputusan PAU 2022 itu, seperti yang dikehendaki Akta Pertubuhan 1966.

Pada Jumaat, dua ahli UMNO menghantar aduan kepada RoS agar semakan dibuat terhadap usul tambahan yang diluluskan semasa PAU2022 berkaitan jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang.



Aduan itu dikemukakan oleh ahli UMNO Bahagian Kuala Nerus, Muhammad Aizat Fikri Mohd Nasir dan ahli UMNO Seremban, Muhammad Fiqri Firdaus Muhammad Rom, yang berharap RoS dapat menentukan sekiranya terdapat pertikaian terhadap usul tambahan yang dibawa ketika PAU 2022, pada 14 Januari lalu.

Dalam pada itu, beberapa pihak menggesa agar RoS menjalankan siasatan secara adil terhadap laporan dua ahli berkenaan.

Sementara itu, mengulas mengenai projek pembinaan Jambatan Bagan Datuk-Sejagop, Ahmad Zahid berkata, laluan menghubungkan pekan Bagan Datuk ke Kampung Sejagop di daerah Perak Tengah itu yang tertangguh kira-kira dua tahun, dijangka siap menjelang Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Katanya, pengguna jalan raya boleh menggunakan laluan sepanjang 10.5 kilometer dan jambatan (1.5 kilometer) itu yang juga merupakan projek ikonik di Perak, pada 20 April.AA



UMNO Serah Kepada RoS Isu Keabsahan PAU 2022- Zahid

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Doktor jelaskan kenapa tidur ditindih hantu

Kantoi berbogel bersama ibu mentua



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker