Aku Tak Menyorok La Sial – Syamsul Yusof

Aku Tak Menyorok La Sial – Syamsul Yusof

Pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof tampil meluahkan rasa berang terhadap sebuah portal terkenal yang telah memberikan headline yang kasar mengenai dia yang tidak hadir ke tayangan perdana filem Mat Kilau yang diadakan di The Starling Mall pada malam tadi.

“Syamsul Yusof kau menyorok di mana? Puas wartawan msta* cari tak jumpa.”-headline portal terkenal



Menerusi hantaran di Instagram ,Syamsul menyifatkan portal berita itu telah mencabar kesabarannya yang mendakwa dia menyorok dari wartawan.

“Wuihh bahasa..bakar line nampak mstar? AKU TAK MENYOROK LA SIAL. Nak aku datang ofis mstar cari sapa penulis ni ke SEMBUR depan muka? Ni barang tak main dalam media. Cabar aku, aku sampai aku cari. Silap orang kau cari gaduh wahai wartawan sial.”-Berang Syamsul

Tambahnya lagi, Syamsul turut mempersoalkan pihak terlibat yang cuba mencari masalah dengannya.

“Nanti abg sampai k? Nila dia. Kita tak cari masalah ngan orang, orang cari masalah dengan kita. Bila sampai masa kita balas, kita pula yang dikata salah. Tahler jang. Ko tunggu jela mstar.



Pandai skang tulis artikel bangang pastu tak letak sapa nama penulis. Just tulis ‘oleh mstar’ je. Asal? Takut? Cehh..”-Kata Syamsul

Nama Syamsul menjadi perhatian ramai selepas kelibatnya yang merupakan pengarah bagi filem Mat Kilau tidak kelihatan ketika majlis tayangan perdana filem tersebut di ibu kota, malam tadi.

Dipetik dari laporan Utusan Nasional, Syamsul dikatakan memberi alasan tidak sihat yang menyebabkan dia tidak dapat menghadirkan diri bagi menjayakan majlis besar itu. Mr

Aku Tak Menyorok La Sial – Syamsul Yusof




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Faziani Dnars mati dibunuh?



Wak Doyok, Fizo Omar Diminta Bertaubat Giatkan Promosi Forex

Kecantikan Anak Che Ta Macam puteri Zaman Dulu



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker