‘Burn’ Deposit Pelanggan, Ini Jawapan Ustaz Azhar Idrus

‘Burn’ Deposit Pelanggan, Ini Jawapan Ustaz Azhar Idrus

Sekarang ni kalau pergi ke mana-mana atau buat sebarang tempahan, mesti penjual akan minta wang deposit daripada pelanggan kan?

Haa korang tahu tak apa sebenarnya hukum penjual menggunakan wang deposit yang sepatutnya dipulangkan kepada pelanggan tu?

Menerusi video yang dimuat naik di laman Facebook Ustaz Azhar Idrus, hukum menggunakan wang deposit adalah haram jika pembeli membatalkan niat untuk membeli sesuatu barangan.

Wajib pulang wang deposit

Menurut Ustaz Azhar Idrus, hukumnya berdosa jika si penjual tidak kembalikan wang deposit kepada pelanggan dan haram menggunakan wang tersebut.

Itu duit haram, jika makan (gunakan) wang tersebut, maka ia berdosa dan masuk neraka.

Jangan kamu memakan duit sesama kamu dengan cara tidak betul. Pulang balik duit orang walaupun hanya RM50.

Sebagai contoh yang diberikan oleh Ustaz Azhar, jika ada di antara korang yang beli rumah dan letakkan wang deposit, tapi tiba-tiba korang batalkan niat nak beli rumah tu, wajib bagi penjual untuk pulangkan semula wang tersebut.

Dan kalau duit itu digunakan oleh si penjual, hukumnya adalah haram.

Ustaz Azhar juga mengingatkan, sesiapa yang guna duit haram, tempatnya adalah di neraka.

Maka wajib si penjual untuk memulangkan duit deposit walaupun jumlahnya hanya RM50.

Sesiapa yang mengambil hak orang lain dengan cara tidak betul, maka Allah wajibkan dia masuk neraka dan haramkan mukanya masuk syurga. OI

‘Burn’ Deposit Pelanggan, Ini Jawapan Ustaz Azhar Idrus


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Faziani Dnars mati dibunuh?

Wak Doyok, Fizo Omar Diminta Bertaubat Giatkan Promosi Forex

Kecantikan Anak Che Ta Macam puteri Zaman Dulu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker