MPAJ Sita Pasu Bunga, Kon Diguna Untuk Cop Parkir

MPAJ Sita Pasu Bunga, Kon Diguna Untuk Cop Parkir

AMPANG: Pasu bunga, kerusi dan kon merupakan antara barangan disita oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menerusi ops sitaan halangan yang diadakan pada Rabu.

Barangan terbabit dipercayai digunakan sebagai ‘penanda’ cop parkir di kawasan pangsapuri kos rendah sekitar Ampang.

“Operasi diadakan di rumah pangsa kos rendah 420, Bandar Baru Ampang dan rumah pangsa kos rendah Taman Bakti, Taman Cempaka itu berikutan aduan orang ramai,”

“Orang awam boleh mengemukakan sebarang aduan melalui http://aduan.mpaj.gov.my atau saluran nombor WhatsApp 019-266 8100,” menurut kenyataan itu.

Anggota penguat kuasa MPAJ mengalih dan menyita kon yang digunakan penduduk dalam ops sitaan halangan MPAJ pada Rabu.

Anggota penguat kuasa MPAJ mengalih dan menyita kon yang digunakan penduduk dalam ops sitaan halangan MPAJ pada Rabu.

Kemas kini tersebut mendapat maklum balas positif daripada netizen antaranya daripada Wan Aini Nordin yang meninggalkan komen ringkas, terbaik.

Pemilik akaun John John turut memuji usaha MPAJ itu dan berharap usaha itu dapat dicontohi pihak berkuasa tempatan (PBT) lain.

“MPAJ terbaik, harap kekalkan dan bagi contoh PBT-PBT di negeri lain juga,” katanya.

Selain itu, ada juga yang mencadangkan konsep ganjaran diberikan kepada pemberi maklumat.

“Letak papan tanda.. aduan cop parking ambil gambar.. buat laporan dapat sagu hati,” kata Abd Razak Abdul Mutaleb.

Anggota penguat kuasa MPAJ mengalih dan menyita kon yang digunakan penduduk dalam ops sitaan halangan MPAJ pada Rabu.

Anggota penguat kuasa MPAJ mengalih dan menyita kon yang digunakan penduduk dalam ops sitaan halangan MPAJ pada Rabu.

Seorang lagi pengguna media sosial, Muhammad Shafiq Shaharuddin memohon MPAJ membuat operasi sama di pangsapuri Pandan Mewah yang didakwa turut melakukan kegiatan cop parkir.

“Tolong buat operasi sekali dekat pangsapuri Pandan Mewah belakang hospital. Orang cop parking, sampai tiga lot dia punya saja,” tulisnya.-SH

MPAJ Sita Pasu Bunga, Kon Diguna Untuk Cop Parkir

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Faziani Dnars mati dibunuh?

Wak Doyok, Fizo Omar Diminta Bertaubat Giatkan Promosi Forex

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker