Nabila Razali Pakai Baju Renang Dapat Kecaman Netizen Hingga Ada Yang Tak Sanggup Tengok
Nabila Razali Pakai Baju Renang Dapat Kecaman Netizen Hingga Ada Yang Tak Sanggup Tengok
GARA-GARA memuat naik foto memakai baju renang, penyanyi Nabila Razali menerima kecaman netizen di laman sosial.
Menjawab kritikan tersebut, Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali, 29, berkata pemilihan baju tersebut bersesuaian dengan aktiviti yang dilakukan ketika bercuti di sebuah pulau peranginan, baru-baru ini.
Ujarnya, baju yang dipakai itu dibuat daripada material yang tebal dan tidak menampakan bahagian tidak sepatutnya.
Malah, dia juga sudah bertanya kepada ibu sama ada perlu atau tidak dia memadam perkongsian foto tersebut di laman sosial.
“Selepas menerima direct messege (DM), saya ada bertanyakan kepada ibu. Dia tidak ada masalah kerana itu adalah baju mandi dan memang sesuai untuk aktiviti yang dilakukan.
“Malah material baju tersebut juga cukup tebal dan tidaklah menampakkan bahagian yang tidak sepatutnya.
“Jika ibu atau anggota keluarga lain rasakan penampilan tersebut tidak sesuai saya akan padamkan daripada media sosial,” katanya kepada mStar.
Sudah lali menerima teguran sebegitu, Nabila berkata dia memahami tindakan peminat yang sentiasa memberi perhatian kepada sebarang bentuk perkongsian artis di media sosial.
Enggan melatah, pelakon drama Kebaya Kasut Kanvas ini juga mengucapkan terima kasih atas segala teguran dan berusaha memperbaiki diri pada masa akan datang.
“Sebagai seorang public figure, apa sahaja tindakan orang akan nampak. Saya faham mereka prihatin dan terima kasih atas teguran yang diberikan.
“Bagaimanapun jika mahu menegur, berhati-hatilah dengan perkataan yang digunakan. Janganlah sampai mengusik keluarga saya kerana itu sudah berlebihan.
“Saya terima segala teguran dengan hati terbuka. Kalau perkara itu salah ia tetap salah. Doakan yang terbaik buat saya,”
ujarnya.
Bercakap mengenai perkembangan seni, Nabila memberitahu dia kini sedang mencari material baharu yang betul-betul sesuai dengan kemampuan vokalnya
Dalam masa sama, Nabila juga mengakui tertekan untuk tampil dengan lagu baharu kerana bimbang tidak menerima
sambutan hebat seperti lagu terdahulu.
“InsyaAllah tahun ini saya akan tampil dengan lagu baharu sebagai hadiah buat peminat… masih mencari lagu yang betulbetul sesuai dengan kemampuan saya.
“Menjadi satu cabaran untuk kekalkan dan menjaga reputasi seperti lagu sebelum ini. Kalau boleh tidak mahu ia sekadar
menjadi viral dan hanya popular sekejap sahaja. Biarlah lagu saya itu nanti menjadi evergreen seperti lagu zaman dahulu,” jelasnya-mSTAR
Nabila Razali Pakai Baju Renang Dapat Kecaman Netizen Hingga Ada Yang Tak Sanggup Tengok
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Bedah bariatrik ada syarat elak risiko mati
- Tindakan Pas yang tidak menepati janji punca Muafakat Nasional sampai ‘surah akhir’
- Polis siasat video warga asing sokong hina Nabi Muhammad
- Imam didakwa bogel depan budak perempuan, simpan video lucah
- Filem animasi ‘Lightyear’ berunsur LGBT, petisyen haram filem ini dilancar
- Rachel Lee Dulu Pernah Digelar Simbol Seks Tahun 90-an, Kini Wajahnya Mengejutkan
- Ejai Aziz derita anu panas akibat disihir
- Azmin rapat dengan saya – Muhyiddin
- Sanusi Perlu Minta Maaf Pada UMNO, BN
- Tiada ‘lampu hijau’ dari PM buat Muhyiddin ‘jem’
- Anzalna berhabis demi gaya, tolak jenama tiruan
- Fiza Halim sangkal dakwaan tawar khidmat seks
- Licik permainan politik Bersatu – Razlan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.