Tangan haram masuk mulut

Tangan haram masuk mulut

Nyawa beribu pelanggan bagaikan tiada nilainya di tangan doktor gigi haram yang berlagak profesional persis doktor gigi bertauliah.

Golongan ini dikesan tumbuh bagaikan cendawan susulan trend terkini orang ramai yang mahu mendapatkan perkhidmatan veneer gigi, pendakap gigi dan pemutihan gigi pada harga murah.

Berdasarkan risikan, tukang gigi haram ini bergiat aktif menawarkan perkhidmatan rawatan estetik dan pergigian dengan berselindung di sebalik spa serta pusat rawatan kecantikan.

Kegiatan haram itu bagaimanapun dibongkar satu per satu susulan operasi besar-besaran dilakukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membabitkan beberapa lokasi sulit sekitar Lembah Klang sejak dua minggu lalu.

Dalam operasi pertama di sebuah butik kecantikan di Puchong, Selangor, sepasukan pegawai KKM menyerbu premis itu yang dikesan menawarkan perkhidmatan veneer, pendakap gigi dan pemutihan gigi secara haram.

Sumber berkata, premis kedai tiga tingkat yang dimiliki pasangan suami isteri warga tempatan dikesan menawarkan rawatan itu melalui media sosial.

“Suspek berusia 30-an itu dikesan aktif mempromosikan rawatan berkenaan melalui media sosial TikTok dan Facebook selain pelanggan perlu membuat tempahan awal untuk mendapatkan rawatan.

“Hasil pemeriksaan jam 12 tengah hari, pihak KKM menahan sekumpulan wanita dipercayai pekerja di butik kecantikan itu. Turut disoal siasat tiga pelanggan yang mendapatkan rawatan di premis itu,” katanya.

Menurutnya, premis kecantikan itu menawarkan khidmat veneer gigi, pendakap gigi dan pemutihan gigi membabitkan kos ribuan ringgit di tingkat tiga premis itu yang dijadikan ‘klinik’ rawatan haram berkenaan.

“Veneer gigi adalah satu bentuk rawatan di mana satu lapisan bahan nipis diletakkan pada permukaan gigi. Ia membantu memperbaiki gigi yang berubah warna, patah, rosak, tidak teratur atau ada ruang cacat antara gigi.

“Bagaimanapun siasatan mendapati rawatan ini yang kebiasaannya ditawarkan doktor gigi bertauliah sebaliknya dilakukan beberapa gadis tidak mempunyai latar belakang atau kelulusan dalam bidang perubatan.

“Rata-rata mereka mendakwa belajar melakukan prosedur rawatan veneer gigi dan pemutihan gigi melalui tunjuk ajar diberikan pemilik premis dan laman YouTube,” katanya.

Semua peralatan perubatan serta ubat-ubatan disyaki untuk rawatan digunakan rawatan veneer gigi, pendakap gugi dan pemutihan gigi dirampas.

“Operasi serbuan sama turut dilakukan terhadap sebuah premis rawatan kecantikan di Cheras, Kuala Lumpur, Khamis lalu.

Dalam serbuan jam 12 tengah hari, pihak KKM menahan dua individu berusia 30-an yang dikesan menawarkan khidmat veneer dan pemutihan gigi serta perubatan aestetik.

“Dua pasangan adik-beradik itu menuntut ilmu rawatan itu dari individu tidak bertauliah dengan mengenakan caj rawatan antara RM1,000 hingga RM2,200.

“KKM merampas semua peralatan berkaitan di premis itu sebagai bukti pendakwaan di mahkamah esok,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua kes disiasat mengikut Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586) kerana disyaki menyediakan kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta tidak berdaftar atau berlesen.

Katanya, ia selaras dengan ketetapan Seksyen 3 dan/ atau Seksyen 4, Akta 586 dan boleh disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 5, akta sama. Kes juga disiasat di bawah Seksyen 62(1) dan seksyen 68 Akta Pergigian 2018.

“Mana-mana individu didapati melakukan kesalahan mengikut seksyen 4(1) Akta 586, boleh didenda RM300,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya.

“Bagi suatu kesalahan dilakukan suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan boleh didenda hingga RM500,000, manakala kesalahan mengikut Seksyen 62(3) dan Seksyen 68 Akta Pergigian 2018 apabila disabitkan didenda tidak melebihi RM300,000 atau/dan dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi 6 tahun,” katanya. HM

Tangan haram masuk mulut


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘119 Tak Dapat Sekarang, Boleh Cuba Tekan Butang’ – Najib

Elaun Pengerusi GLC RM1 juta sebulan, saya fikir melampau

Netizen Tegur Sarah Hildebrand Selamba Belanja Foto Pakai Coli Dengan Boxer Di IG

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker