Penunggang cedera parah, motosikal bergesel treler

Penunggang cedera parah, motosikal bergesel treler

Seorang penunggang motosikal cedera parah selepas motor yang ditungganginya bergesel dengan sebuah treler berhampiran jambatan baru di North Port, Pelabuhan Klang menghala ke Tamadam, Bandar Sultan Sulaiman, petang tadi.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.45 petang.

Katanya, seramai tujuh anggota dari Balai Bomba Pelabuhan Klang bersama satu buah jentera Fire Rescue Tender (FRT) serta dua unit Bermotor Bomba atau Rapid Intervention Motorcycle (RIM) dikejarkan ke tempat kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian pada jam 4.01 petang, pihak bomba mendapati insiden itu melibatkan sebuah treler telah menggilis sebuah motosikal jenis Yamaha Lagenda.

“Seorang mangsa lelaki merupakan penunggang motosikal itu mengalami cedera parah di bahagian muka, pinggang dan kaki,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah Norazam, mangsa telah diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Kemalangan terbabit juga dirujuk kepada polis untuk siasatan dan tindakan lanjut. MG

Penunggang cedera parah, motosikal bergesel treler


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘119 Tak Dapat Sekarang, Boleh Cuba Tekan Butang’ – Najib

Elaun Pengerusi GLC RM1 juta sebulan, saya fikir melampau

Netizen Tegur Sarah Hildebrand Selamba Belanja Foto Pakai Coli Dengan Boxer Di IG

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker