Polis siasat Sanusi berkaitan dokumen PasLeak

Polis siasat Sanusi berkaitan dokumen PasLeak

Pihak polis akan memanggil Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor untuk siasatan berkenaan kes jenayah fitnah berkaitan dokumen PasLeak.

Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil berkata, siasatan itu dibuat selepas laporan polis yang dibuat April lalu ekoran keengganan Muhammad Sanusi memohon maaf dan menarik balik tuduhan ke atasnya.

Isham dalam hantaran Facebooknya berkata, mengikut pertuduhan, jika disabit kesalahan, Muhammad Sanusi boleh dikenakan hukuman penjara dua tahun di bawah Seksyen 499 Akta 574 Kanun Keseksaan.

“Semoga ini menjadi iktibar dan pengajaran kepada ahli-ahli politik terutama kepada yang memegang jawatan besar dalam kerajaan supaya menjadi lebih bertanggungjawab dalam mengeluarkan kenyataan dan tidak memfitnah rakyat atau orang ramai.

“Politik fitnah ini politik lama. Kita perlu bersihkan politik Malaysia daripada fitnah ke arah politik yang positif dan matang,” katanya.

Katanya, banyak perkara lain yang melibatkan dasar-dasar kerajaan dan ekonomi yang perlu diberi fokus dan diselesaikan untuk membantu rakyat.

Pada April lalu, Isham membuat laporan polis terhadap Muhammad Sanusi selepas menuduhnya menulis dokumen PasLeak yang didakwa adalah kandungan minit mesyuarat perbincangan atau berkomplot untuk menjatuhkan serta menyumbat pemimpin UMNO ke dalam penjara.

Muhammad Sanusi dilaporkan berkata, dokumen ‘PasLeak’ dipercayai dibuat pasukan laskar siber pihak tertentu yang bakal mendapat kepentingan apabila maklumat berkaitan dakwaan perancangan menjatuhkan kepimpinan UMNO disebarkan secara terbuka.

Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat menegaskan, kandungan dokumen yang dikatakan adalah minit mesyuarat kepimpinan parti itu sangat diragui kerana dibuat tanpa mengikut ejaan dan urutan kebiasaaan format.

“Saya, kalau nak rancang perkara sebegitu (menjatuhkan kepimpinan UMNO), saya tidak tulis. Orang bodoh sahaja tulis selepas itu sebar bagi orang baca.

“Saya beranggapan dokumen itu dibuat laskar siber pihak yang dapat kepentingan daripada dokumen itu, contohnya Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Isham Jalil,” kata Sanusi sebagai mana dilaporkan media. MG

Polis siasat Sanusi berkaitan dokumen PasLeak


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘119 Tak Dapat Sekarang, Boleh Cuba Tekan Butang’ – Najib

Elaun Pengerusi GLC RM1 juta sebulan, saya fikir melampau

Netizen Tegur Sarah Hildebrand Selamba Belanja Foto Pakai Coli Dengan Boxer Di IG

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker