Rakyat Kelantan jangan tertipu janji projek pembangunan oleh kerajaan negeri



Rakyat Kelantan jangan tertipu janji projek pembangunan oleh kerajaan negeri

TUMPAT – Penduduk di Mukim Kutan, Tumpat dan Kelantan khasnya dinasihatkan tidak mudah menyerahkan tanah mereka kepada kerajaan negeri kononnya bagi tujuan pembangunan untuk awam.

Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Paduka Dr. Ibrahim Ali berkata, ini kerana tujuan pengambilan tanah untuk kepentingan awam itu hanya satu pembohongan sahaja.

Sedangkan, kata beliau, tanah itu akan diberikan kepada syarikat tertentu yang kemudian membuat bayaran pampasan kepada penduduk tanpa mengikut nilai pasaran semasa.

“Isu pengambilan tanah ini tidak timbul langsung dari segi prosesnya betul atau tidak betul, puas hati atau tidak bayaran pampasan, tetapi lebih kepada benar atau tidak projek bakal dibangunkan untuk kepentingan umum.




“Kalau bayar lebih sekali pun, apatah lagi yang bayar kurang daripada dijanjikan, hakikatnya tanah itu dimajukan bukan untuk kepentingan umum dan sudah hilang dari pemilikan.

Beliau berkata demikian pada ceramah perdana, “Tsunami Kebangkitan Rakyat Kelantan, Isu semasa Negara dan Pengambilan Tanah Rakyat” di Kampung Kutan, dekat sini, malam tadi.

Turut hadir, Timbalan Presiden Putra, Tan Sri Khalid Yunus; Penasihat Undang-Undang Putra, Mohd Nasir Abdullah; dan lebih 1,000 penduduk termasuk yang terlibat dengan pengambilan tanah.

Dr. Ibrahim berkata, beliau secara peribadi membantah pengambilan tanah seluas kira-kira 600 ekar di Mukim Kutan itu kerana percaya pembangunan itu diserahkan kepada sebuah syarikat.

Namun, katanya, syarikat terbabit pula akan membuat bayaran pampasan mengikut status asal tanah iaitu pertanian, yang tentunya harga sangat rendah diterima oleh penduduk.




“Selepas saya meneliti projek pembangunan yang dimaksudkan untuk kepentingan umum itu memiliki sekolah, dewan dan masjid, saya yakin ia hanya syarat ditetapkan bagi mengelirukan penduduk agar menjual tanah masing-masing.

“Kalau kamu (penduduk Mukim Kutan) rasa seronok tanahnya akan diambil oleh ‘kerajaan’ dan tidak lama lagi akan dapat duit, terpulang kepada mereka. Itu mereka punya fasallah.

“Tetapi, saya nak ingatkan, kamu hanya dapat duit itu tidak sampai setahun akan habis dan tanah sudah hilang,” katanya.

Menurut Dr. Ibrahim, pengambilan tanah di Mukim Kutan ini jauh berbeza dengan penduduk sekitar Tendong, Pasir Mas dan Sepang di Nilai yang diambil untuk pembinaan jambatan dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Dulu tanah penduduk di Sepang tidak ada nilai. Bila kerajaan nak bangunkan KLIA, beratus orang sudah jadi jutawan, tapi sekarang jutawan itu sudah hilang entah ke mana. Ini yang dinamakan Melayu punya pukulan.




“Nasib sama bakal berlaku di Mukim Kutan apabila kerajaan negeri nak ambil tanah bagi tujuan pembangunan yang tidak jelas.

“Saya nak beritahu kepada Ahmad Yakub (Menteri Besar Kelantan) kalau nak bahas pasal isu tanah ini, silakan. Bila-bila masa saya sedia demi kepentingan rakyat Kelantan,” katanya.

Tegasnya, kerajaan Pas Kelantan hendak mengambil tanah berkenaan hanya kerana ada cadangan daripada sebuah syarikat, yang kononnya merancang hendak membangunkan kawasan itu.

Kata beliau, apabila tanah itu diambil kerajaan negeri dan diserahkan kepada syarikat, pihak mana yang akan membuat bayar pampasan dan berapakah nilai akan dibayar?

“Kalau kerajaan negeri nak ambil tanah untuk pembangunan, kenapa tidak gunakan tanah terbiar kepunyaan kerajaan negeri? Dan siapakah di belakang mereka?,” soalnya. MG




Rakyat Kelantan jangan tertipu janji projek pembangunan oleh kerajaan negeri


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Annuar Musa akui ‘ingkar’ pada kehendak Pengerusi BN

Ajal Ketika Tukar Tayar Kereta Pancit, Dua Maut Di Rempuh Lori [VIDEO]

Glamor, nama sahaja tak cukup, Norman takkan masuk politik



Leave a Reply

Your email address will not be published.