Cemburu antara motif Emirah ditembak

Cemburu antara motif Emirah ditembak

Polis syak cemburu antara motif, wanita yang sarat mengandung tujuh bulan mati, Emirah Mazlan, akibat ditembak pada perut dalam kejadian di Kampung Repek, Machang petang semalam.

Emirah yang juga ibu kepada tiga anak, berusia di antara tiga hingga 10 tahun itu, sudah bercerai dengan suaminya sejak Februari lalu.

Akibat tembakan yang dialaminya, bayi yang berada dalam kandungannya turut meninggal dunia.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan secara menyeluruh bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Katanya, sehingga kini pihaknya sudah menahan seorang lelaki berusia 40 tahun bagi membantu siasatan dan suspek berkenaan ada hubungan dengan mangsa.

“Setakat ini macam-macam kemungkinan motif kejadian dan salah satunya adalah cemburu. Kita akan menyiasat secara menyeluruh, termasuk mengambil keterangan daripada saksi supaya apa yang kita jangkakan adalah benar.

“Justeru, orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan polis selesai. Suspek yang ditahan kini direman lima hari bermula hari ini sehingga Khamis untuk siasatan lanjut,” katanya pada sidang media selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Machang di IPD Machang, di sini, hari ini.

Muhamad Zaki berkata, pihaknya juga sedang menyiasat, sama ada mangsa ditembak di lokasi kejadian penemuan mayat atau ditembak di lokasi lain.

“Ada dua kemungkinan, mungkin mangsa ditembak di tempat lain tetapi sempat memandu hingga sampai di lokasi kejadian atau mangsa sememangnya ditembak di lokasi berkenaan.

“Jarak rumah mangsa dengan lokasi kejadian adalah 15 kilometer sahaja. Berdasarkan percakapan ibu mangsa, wanita berkenaan keluar untuk mengurut,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya percaya suspek menggunakan pistol separa automatik .38 berdasarkan penemuan kelongsong peluru.

Terdahulu, wanita hamil tujuh bulan ditemukan mati dengan kesan tembakan di perut dalam sebuah kereta yang diparkir di tepi jalan di Kampung Repek.

Mangsa berusia 26 tahun ditemui jam 4 petang oleh orang awam sebelum dimaklumkan kepada pihak polis. BH

Cemburu antara motif Emirah ditembak


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Annuar Musa akui ‘ingkar’ pada kehendak Pengerusi BN

Ajal Ketika Tukar Tayar Kereta Pancit, Dua Maut Di Rempuh Lori [VIDEO]

Glamor, nama sahaja tak cukup, Norman takkan masuk politik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker