Ramai melompat, saya kata perlu kaji buruk baik GST bukan umum laksana

Ramai melompat, saya kata perlu kaji buruk baik GST bukan umum laksana

Perdana Menteri menjelaskan langkah kerajaan untuk mengembalikan sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) hanya dalam peringkat kajian.

Langkah itu, menurut Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hanya cadangan kerana pelaksanaan GST mampu memberi pendapatan RM30 bilion kepada negara.



“Ramai yang terus melompat apabila saya kata tidak menolak kemungkinan (GST dikembalikan) tapi saya kata kita perlu kaji buruk dan baiknya bukan saya kata umumkan akan laksanakan GST.

“Saya kata akan buat kajian sebab salah satunya kerajaan kekurangan pendapatan kerana kita ubah GST ke SST.

“Kita kekurangan pendapatan sebanyak RM30 bilion setahun kerana pindah daripada GST ke SST,” katanya kepada pemberita semasa menghadiri sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia di Taman Tugu, hari ini.

Rabu lalu, Ismail Sabri berkata langkah untuk mengembalikan GST sebagai satu cara efektif menambah pendapatan negara bagi menangani kenaikan inflasi dan kos sara hidup rakyat.



Ismail Sabri dalam wawancara khas bersama kumpulan media, Nikkei Asia di Tokyo dilaporkan sebagai berkata, GST dilihat mampu mengembangkan pendapatan asas negara.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata kerajaan akan mengutamakan kepentingan rakyat sekiranya GST ingin dikembalikan semula.

“Rakyat perlu difahamkan kalau kita nak buat apa-apa atau perkenalkan sistem percukaian yang baharu.

“Kalau kita rasa SST sudah tidak sesuai apa yang kita nak gantikan dan rakyat perlu difahamkan dahulu. Kita nak apa yang diumumkan diterima rakyat bukan ditolak rakyat.



“Jangan bimbang sampai masanya kita akan dedahkan dan umumkan. Tapi masa ini masih dalam peringkat kajian,” katanya lagi. MG

Ramai melompat, saya kata perlu kaji buruk baik GST bukan umum laksana


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Annuar Musa akui ‘ingkar’ pada kehendak Pengerusi BN

Ajal Ketika Tukar Tayar Kereta Pancit, Dua Maut Di Rempuh Lori [VIDEO]



Glamor, nama sahaja tak cukup, Norman takkan masuk politik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker