Kerat ibu 15, tak puas hati pembahagian harta pusaka

Kerat ibu 15, tak puas hati pembahagian harta pusaka

Parit Buntar: Polis menahan seorang lelaki berusia 42 tahun susulan penemuan 15 potongan daging menyerupai anggota badan manusia dalam tangki kumbahan di sebuah rumah di Taman Kerian, di sini, pada Sabtu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalatrash Wahid berkata, terdahulu kira-kira jam 3.30 petang, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu sebelum sepasukan anggota dari bahagian siasatan jenayah dibantu Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak segera dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Hasil pemeriksaan lanjut di lokasi kejadian menemukan cebisan daging dipercayai anggota badan seorang wanita warga emas berusia 68 tahun.



“Susulan itu, pihak polis menahan seorang suspek lelaki berusia 42 tahun yang juga anak kepada mangsa. Kita (polis) turut merampas sebilah parang, dua pisau dan barangan yang digunakan suspek untuk melakukan pembunuhan itu,” katanya dalam satu kenyataan media, lewat malam ini.

Menurutnya, siasatan awal mendapati punca kejadian adalah disebabkan suspek tidak berpuas hati dengan pembahagian harta pusaka peninggalan bapanya.

“Suspek dan ibunya (mangsa) sudah tinggal di taman itu sejak 12 tahun lalu selepas kematian bapanya. Kejadian dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati suspek kepada mangsa terhadap pembahagian harta pusaka.

“Suspek kini ditahan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya. HM



Kerat ibu 15, tak puas hati pembahagian harta pusaka


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Annuar Musa akui ‘ingkar’ pada kehendak Pengerusi BN

Ajal Ketika Tukar Tayar Kereta Pancit, Dua Maut Di Rempuh Lori [VIDEO]

Glamor, nama sahaja tak cukup, Norman takkan masuk politik

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker